Otak itu akal

Manusia berfikir menggunakan otak. Dari segi biologinya baik manusia ataupun haiwan mempunyai otak. Malah dari segi bentuknya, tidak banyak beza antara otak manusia dengan otak binatang. Namun dari segi psikologinya, otak manusia sebenarnya jauh bezanya dari otak binatang. Ini kerana otak manusia boleh berfikir tetapi tidak bagi otak binatang. malahan Aristotle pernah mentakrifkan manusia sebagai haiwan yang boleh berfikir.

Biarkanlah JAIS dengan bekas Mufti Perlisnya selesai masalah tu, Anwar dengan Saifulnya, MCA dengan EGMnya, SPRM dengan YB Rahmanya, Akhil dengan Waheedanya, PAS mula di jangkiti krisis kepimpinan, parti pemerintah juga tidak semua bersatu hati…kita berbalah sesama sendiri, fikirlah apa yang terjadi pada masa depan kita secara keseluruhannya…silap-silap gelap masa depan beb….

pk

Kita bukan masyarakat sakit mental! Jauh sekali golongan hilang akal! Banyak benda lain yang kita boleh bincang secara kritis walaupun agak sinikal dan buangkan jauh-jauh pemikiran dibawah standard orang dewasa. Buat menyemak jerrr….Kita bukannya dari masyarakat kerbau yang dicucuk hidung dan dilepas di tanah berlumpur lantas memberontak, mengamuk…habis sekampung terpalit !!

Berfikirlah secara dewasa, kita di beri akal oleh Yang Maha Pencipta untuk membezakan yang mana baik & yang mana satu buruk !

.

9 comments November 4, 2009

…?

Gua cuti daripada sihat untuk beberapa hari yang lalu…

.

5 comments October 30, 2009

Harapan bajet 2010

1m

Datuk Seri Najib,

Harapan pada bajet 2010 kali ini adalah agar poket gua dan rakyat 1Malaysia tidak bejat !  Sama ada secara langsung ataupun tidak langsung.

Mohon Tuan Yang diPertua perkenan, sekian.

.

18 comments October 21, 2009

Dua jenis lembu…

Ada dua jenis lembu dalam dunia ni…

Satu,
Lembu yang ditambat.

Dua,
Lembu yang dilepas bebas.

gua pilih lembu yang ditambat…

…( ? )

.

7 comments October 19, 2009

kesilapan bukan berkali-kali…ada faham?

Sama ada menyedari atau tidak kita sering tak ambil pot tentang pengalaman masa lalu. Mungkin kita lebih mengutamakan teori kehidupan yang kita pelajari dan dalami selama ini tetapi kita sering melupakan pengalaman yang kita alami sendiri atau pengalaman orang lain sebagai pengajaran yg paling baik buat kita.

Secara mudahnya mana mungkin secara logiknya kita perlu jatuh untuk kali kedua di  tempat  yg sama dalam perjalanan yg sama walaupun kebarangkalian itu ada.

Belajar sendiri dari kesilapan boleh menyebabkan kita lebih menghargai sifat berhati-hati kerana kita telah merasakan betapa sakitnya jatuh, betapa lama sembuhnya luka, betapa penderitaan yang perlu di tanggung. Maka benarlah kata pepatah bahawa pengalaman adalah guru yang paling baik.

zoltan500

So, kalau memang pengalaman adalah guru yang paling baik, dan boleh membuat kita menjadi lebih dewasa dan lebih mantap tentang perihal kehidupan, kenapa kita masih sering mengulangi kesilapan bodoh yang boleh menjejaskan integriti sendiri?

gua sangat-sangat tidak faham…kesilapan bukan berkali-kali…okeeeeeyy !

13 comments October 12, 2009

gua tidak bias…

Ego sering disinonimkan dengan sifat-sifat lelaki. Gender bias barangkali. Apakah perempuan tidak perlu dilabel sebegitu?

Fitrah kejadian manusia sememangnya di jadikan punyai sifat positif dan negatif tertentu. Sifat negatif juga perlu tapi bukan dalam kadar yang terlampau banyak. Kita perlu malu tapi biar bertempat. Kita perlu marah tapi bukan membaran. Kita perlu menjerit tapi bukan sampai nak pecah halkum! Kita perlu bersedih tapi jangan sampai pasif. Dan juga kita perlukan ego baik lelaki & perempuan!

Perempuan selalu mahu kelihatan cantik, sememangnya dia dijadikanNya punya ciri-ciri itu. Ada kalanya mereka sanggup melakukan apa sahaja untuk impian itu. Berapa banyak product kosmetik kecantikan dalam pasaran kita? Semuanya bersaing untuk satu persaingan yang sihat! kununnya…. Mungkin barangan kosmetik akan naik harga dalam bajet 2010 nanti… :) Tidak ketrerlaluan juga kalau dikatakan semua ini dilakukan sebagai sebahagian dari ego perempuan supaya kelihatan lebih menarik dari perempuan lain…(?)

lips

Bukankah persaingan ini menunjukkan perempuan kurang percaya diri dengan apa yang kalian miliki? Adakah sifat membangga yang boleh membawa kepada takbur ini tidak egois namanya?

Gua bukan pakar psikologi gender untuk merungkai semua persoalan ini. Gua tidak bias…
.

9 comments October 5, 2009

Ops sikap XX; sikap siapa yang gagal?

Selamat hari raya yang masih dalam mood…

Gua punya jiran sebelah rumah
naik kereta pergi jalan-jalan

gua punya jiran sebelah rumah sebelah
naik motor pergi jalan-jalan

gua punya jiran sebelah rumah kepada rumah sebelah
naik basikal pergi jalan-jalan

gua punya jiran sebelah rumah kepada rumah sebelah rumah
jalan kaki pergi jalan-jalan

gua punya jiran sebelah kepada rumah sebelah rumah jiran gua
tak nampak dah dia jalan-jalan
sebab dah lama dia ‘jalan’…

.
pig
gambar hiasan yang tiada kena mengena dgn haiwan atau manusia.

16 comments September 28, 2009

Selamat hari raya

raya

Ramadhan bulan ibadah dan juga bulan juadah akan meninggalkan kita semua, Syawal bakal menjelma. Mohon maaf atas segala keterlanjuran andai ada yang terlepas kata, tersalah tulis, tersalah terjah, terlalu bias atau apa sahaja yang boleh mengguris hati dan perasaan.


Tiada pemberian yang terindah selain kata maaf. Tiada perbuatan yang termulia selain memaafkan. Berhati-hati memandu. Gua pun nak cuti raya jugak…

Selamat Hari  Raya Aidil Fitri 1430 H.

.

17 comments September 15, 2009

Salam nusantara Malaysia Indonesia

Berbagai tohmahan, maki caci, hinaan, fitnah dan kenyataan ganas dan berunsur provokasi memenuhi ruang siber mahupun segelintir media cetak dari negra jiran kita, Indonesia. Gua rasa mendidih darah jantan gua bila membaca segala macam tohmahan. Apa yang lebih membimbangkan provokasi itu dengan mudah menyerap benak otak warga Indonesia yang lain dan menyakiti hati gua dan jutaan rakyat Malaysia sehingga satu hari kelak jika gagal dibendung boleh menyemarakkan api kebencian antara kedua-dua negara.

Gua rasa ini bukan masanya kita mendabik dada dan menyatakan siapa yang kuat. bukan masanya untuk kita menghunus parang tajam berkilat mahupun buluh runcing dan meniupkan semula semboyan Ganyang Malaysia. Elok saja tenaga yang dikerah untuk ‘memerangi’ Malaysia itu digunakan untuk membangunkan negara atau membantu rakyat mereka sendiri yang menghadapi musibah bencana alam.

Sebilangan rakyat Indonesia melahirkan rasa marah menerusi laungan “Ganyang Malaysia”, membakar Jalur Gemilang, berdemonstrasi di hadapan kedutaan Malaysia di Jakarta, membaling telur menjerit dan melolong! Apa cerita ni bapak-bapak…ibuk-ibuk !

flag

Masuk akalkah dek kerana isu tarian yang sudah dijelaskan oleh kerajaan Malaysia di mana khilafnya dan telah difahami oleh kerajaan kedua-dua negara bakal menjadi punca peperangan kedua buah negara abang-adik? Hah! begok kamu…

Gua sebenarnya tidak bertujuan untuk menyemarakkan polimek, tapi semalam kawan gua sudah tunjukkan satu web forum dari Indon yang menyenaraikan lebih dua puluh tuntutan terhadap Malaysia bermula dari pulau, lagu kebangsaan, lagu rasa sayang, baju batik, tarian..bla..bla..bla…disusuli dengan segala macam cacian dan hinaan yang datangnya dari akal senteng sebilangan wak-wak dan kang mas…

Harus di ingat jutaan warga Indonesia berhempas pulas bebas mencari rezeki di sini. Atas semangat serumpun rakyat satu malaysia menerima mereka asal saja tahu lunas undang-undang. Tapi segelintirnya lebih cenderung untuk merompak bukan sahaja harta benda rakyat negara ini, malaham merampok anak gadisnya sekali. Berapa banyak warga negara ini yang takut & kecut perut bila lalu di kawasan Chow Kit Road yang bagaikan mini Jakarta, berapa ramai pula warga ini yang hilang nyawa serta cedera akibat dari perilaku ganas warga Indon? dan banyak lagi ulah onar yang tidak berperikemanusiaan yang gua pun rasa sentap kalau nak tulis satu persatu!

Ada kami buat tuntutan dengan kalian semua?  Ada kami bakar bendera Indonesia tatkala warga asing merusuh dan menimbulkan kekacauan di sini. Walau pada hakikatnya hati gua dan rakyat satu malaysia terbakar ?!

Maaf kepada rakan-rakan bloger di Indonesia, gua tau kalian semua profesional bukan emosional.

Letih la nak tulis panjang-panjang…selamat berpuasa bapak-bapak ibuk-ibuk,  gua capek…

.

21 comments September 11, 2009

talam dua tiga muka

face

satu dunia
satu benua
satu negara
satu Malaysia
jutaan umat manusia
tiada satu pun yang sama wajah
sama rupa, sama muka
Maha suci Tuhan.

Lokasi : Masjid negara /14 ramadhan

*gua benci orang yang bermuka-muka…sangat-sangat!

12 comments September 4, 2009

Previous Posts


Authors

 

November 2009
M T W T F S S
« Oct    
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
30  

Blogroll

Di Sebalik Lensa

News

What news

Top Posts

Top Clicks

Blog Stats

Recent Comments

DunBehrang2020 on Otak itu akal
Ouled Kenitra on Otak itu akal
faisal on Harapan bajet 2010
semut api on Otak itu akal
ouled kenitra on Otak itu akal
semut api on Otak itu akal
semut api on Otak itu akal
Masy on Otak itu akal
cerpelai on Otak itu akal
nita on Otak itu akal

Meta