Kota Darul Kesesakan
June 24, 2009
Mood pagi biasanya akan mempengaruhi emosi kita sepanjang hari, memang ada kebenarannya. Salah satu punca ketidakseimbangan emosi berlaku adalah kerana kesesakan di kota Kuala Lumpur (Darul Kesesakan) yang trade mark kepada penghuni dan pengguna jalanrayanya. Apa boleh buat inilah harga sebuah kemajuan yang perlu kita ‘bayar’.
Impak dari sini berbagai masalah emosi, stress, mental problem dan berbagai masalah jiwa mula menanahi masyarakat kota! Sebagai orang yang beremosi saat itu kita tidak mampu berfikir secara rasional. Sistem Maklumat pengangkutan Bersepadu (ITIS) bernilai RM365 juta dikatakan tercanggih di Asia Tenggara, sistem tersebut mampu membantu pengguna mengelakkan kesesakan lalulintas berpandukan maklumat terkini yang dipaparkan melalui sistem pesanan elektronik (VMS) sepanjang masa.
Malangnya maklumat ITIS seperti tidak banyak membantu. Ia hanya memaparkan maklumat lalulintas sedangkan pengguna pada ketika itu hanya mampu membacanya setelah terperangkap dalam kesesakan. Maklumat dari radio tempatan nampaknya lebih berkesan dan murah yang mana pengguna jalanraya boleh merancang perjalanan seawal dari rumah lagi.
Sukar untuk diubah lagi. Just learn from yesterday to do a better tomorrow & Stop saying bullshit !!….Sekian, Gua blah dulu !
Entry Filed under: Uncategorized. .
2 Comments Add your own
Leave a Comment
Some HTML allowed:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <pre> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>
Trackback this post | Subscribe to the comments via RSS Feed
1.
Masy | June 25, 2009 at 1:22 pm
wah emosinya
2.
semutzapi | June 26, 2009 at 4:50 pm
Masy,
365 juta beb….mau tak emo..