Durian luruh lagi…

July 16, 2009

Salam Sejahtera,

Musim durian tiba lagi. Raja buah ini mula menguasai pasaran tempatan buah-buahan Malaysia. Durian tidak lagi menjadi buah elit seperti satu masa dulu. Ia mudah didapati dimana-mana sahaja. Dari pasaraya besar, gerai tepi jalan sehingga gerai-gerai segera di depan rumah atau di pinggir dusun…semuanya fresh dan mudah dinikmati. Harga bukan lagi satu halangan kerana ianya murah, berpatutan dan berbaloi membelinya!

Gerai-gerai payung di tepi jalan kadang-kadang boleh mendatangkan kekeliruan kepada kita untuk membezakan yang mana satu gerai durian dan yang mana satu payung speed trap polis tapi apa kome nak heran, saman boleh bayor… :)

null

Malahan suatu ketika dulu , Kelab Penggemar Durian (Durian Enthusiast Fan Club – DEFC) telah ditubuhkan. Kelab ini bertujuan utk menggalakkan penggemar raja buah ini bertukar pendapat sekaligus memahami lebih mendalam berkenaan durian. Ia juga bertujuan menggalakkan penanam durian mengekalkan dan meningkatkan lagi hasil tanaman mereka. Bagi kita ini satu pengiktirafan bagi gologan tani dan buah-buahan tempatan negara kita. Tahniah!

Seperkara lagi, untuk mendapatkan durian yang baik dalam satu longgokan durian memerlukan kemahiran yang tinggi untuk berbuat demikian. Kebanyakan peraih yang biasa membeli durian daripada pekebun mempunyai kemahiran ini. Menurutnya, kebanyakan buah yang ditebuk tupai adalah buah yang lazat dan berkualiti… (?)

Entry Filed under: Uncategorized. .

3 Comments Add your own

  • 1. kuncop  |  July 16, 2009 at 5:28 pm

    huh~?? durian yg ditebuk tupai adalah buah yang lazat dan berkualiti~?? hermmm…

  • 2. Masy  |  July 17, 2009 at 8:11 am

    tupai pandai pilih buah kot. patutnye dorg bukak kdai buah, boleh untung byk tu..

  • 3. semutzapi  |  July 17, 2009 at 11:14 am

    Kuncop,
    haiwan lebih bijak dalam soal kualiti buah..tu pasal depa suka makan buah bukan makan nasi.. nak makan durian datang semenanjung..

    Masy,
    banyak pulak kes tupai mati tertimpa durian… :)

Leave a Comment

hidden

Some HTML allowed:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <pre> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


Authors

 

July 2009
M T W T F S S
« Jun   Aug »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  

Blogroll

Di Sebalik Lensa

News

What news

Top Posts

Top Clicks

Blog Stats

Recent Comments

DunBehrang2020 on Otak itu akal
Ouled Kenitra on Otak itu akal
faisal on Harapan bajet 2010
semut api on Otak itu akal
ouled kenitra on Otak itu akal
semut api on Otak itu akal
semut api on Otak itu akal
Masy on Otak itu akal
cerpelai on Otak itu akal
nita on Otak itu akal

Meta