Author Archive

Luar biasa…

Semut makhluk kecil yang sangat luarbiasa. Fizikalnya kecil tapi punya semangat kekitaan yg cukup kuat, juga mampu mengusung bebanan yang berkali-kali lebih besar dari tubuh badannya. Dalam setahun semut mampu membena berpuluh-puluh busut yang berganda besar dari tubuhnya.

Manusia juga makhluk luar biasa yang dianugerahkan otak untuk berfikir, tapi seringkali berpecah belah. Dalam setahun manusia mampu membuang sampah berkali-kali lebih besar dari fizikalnya!

Antara semut dan manusia keluarbiasaannya mencipta jurang perbezaan yg cukup besar…

5 comments December 3, 2009

Ketika mata pedang di leher Ismail…

…Keduanya sudah bersiap, Ibrahim sudah bersiap dengan pedang tajam yang terhunus di tangan kanannya untuk menyembelih. Sedang lsmail sudah bersiap merebahkan dirinya di atas sebuah batu besar membukakan lehernya untuk disembelih. Ismail mengusulkan pula agar perintah itu segera  dijalankan, dengan mengasah pedang lebih dahulu agar lebih tajam.

Setelah mengucapkan salam selamat tinggal, lsmail mewasiatkan bajunya itu nanti diserahkan kepada ibunya, agar baju itu dapat dicium oleh ibunya bila merindukan dirinya. Dan baju itulah pula sebagai pusaka untuk ibu yang ditinggalkannya…

cow

…darah tertumpah di atas batu membasahi bumi …. bukan darah Ismail, tetapi darah seekor kibas yang sihat. Peristiwa  penyembelihan yang amat agung maksud dan pelaksanaannya.

~Selamat Hari Raya Aidiladha~

19 comments November 25, 2009

SPRM bukan PDRM

Saksi perbicaraan kes rasuah bekas Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Datuk Mohamad Norza Zakaria, Mohd Taupik Hussain mendakwa semasa disoal siasat oleh tiga pegawai SPRM Pahang pada 22 Januari lepas, dia telah didera secara fizikal dan mental.

Katanya dia disoal siasat kira-kira pukul 5 petang dan telah dibawa ke sebuah bilik serta diarahkan menanggalkan pakaian kecuali seluar dalam, melakukan ketuk ketampi serta tekan-tubi, berguling-guling di atas lantai selain kepalanya diketuk dengan kasutnya oleh pegawai terbabit.


sumo

“Proses penderaan berkenaan berlarutan sehingga pukul 11 malam sebelum saya diarahkan untuk menandatangani satu surat Orang Kena Tahan pada pukul 11.14 malam,” dakwanya.

Katanya akibat tidak tahan dan berasa tertekan dengan penderaan dan ugutan tersebut, dia terpaksa membuat kenyataan palsu bahawa dia menemui dan menerima sampul surat putih lebih kurang 20 keping yang diikat dengan getah daripada Mohamad Norza di Mont Kiara, Kuala Lumpur pada pukul 8 malam, 19 Januari lepas.

SPRM adalah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia bukannya Polis Di Raja Malaysia (PDRM)…

Sekian dimaklumkan, terima kasih.

13 comments November 17, 2009

Empat segi kehidupan

Sama ada kita menyedari atau tidak dalam kehidupan kita seharian, sebenarnya kita dilingkungi oleh bentuk empat segi. Bermula dari rumah yang kita huni, tidak kira berapa harganya, rumah setingggan, rumah murah mahupun banglo mewah, empat segi adalah bentuk paling tradisi.

Beristirehat, menonton tv dan tidur di dalam bilik empat segi, di atas tilam, bantal dan di ulit mimpi di bawah selimut yang juga berbentuk empat segi.

moving-boxes-kitchen_

Seawal pagi mandi & gosok gigi di dalam bilik air empat segi, bergegas ke lokasi tempat kerja, memandu kereta berbentuk segi empat. Memasuki perkarangan ruang letak kereta, berlari ke pintu lif, menaiki lif terus ke mesin Punch Clock, mencapai kad perakam waktu…empat segi!

Sibuk dengan tugasan seharian, fail, surat dan kertas kerja berselerakan di atas meja di depan PC …semuanya bersegi empat! Begitulah realitinya hidup ini betapa empat segi dan kehidupan saling simbiosis antara satu sama lain..tapi bumi yang kita pijak ini berbentuk bulat… (?)

16 comments November 11, 2009

Otak itu akal

Manusia berfikir menggunakan otak. Dari segi biologinya baik manusia ataupun haiwan mempunyai otak. Malah dari segi bentuknya, tidak banyak beza antara otak manusia dengan otak binatang. Namun dari segi psikologinya, otak manusia sebenarnya jauh bezanya dari otak binatang. Ini kerana otak manusia boleh berfikir tetapi tidak bagi otak binatang. malahan Aristotle pernah mentakrifkan manusia sebagai haiwan yang boleh berfikir.

Biarkanlah JAIS dengan bekas Mufti Perlisnya selesai masalah tu, Anwar dengan Saifulnya, MCA dengan EGMnya, SPRM dengan YB Rahmanya, Akhil dengan Waheedanya, PAS mula di jangkiti krisis kepimpinan, parti pemerintah juga tidak semua bersatu hati…kita berbalah sesama sendiri, fikirlah apa yang terjadi pada masa depan kita secara keseluruhannya…silap-silap gelap masa depan beb….

pk

Kita bukan masyarakat sakit mental! Jauh sekali golongan hilang akal! Banyak benda lain yang kita boleh bincang secara kritis walaupun agak sinikal dan buangkan jauh-jauh pemikiran dibawah standard orang dewasa. Buat menyemak jerrr….Kita bukannya dari masyarakat kerbau yang dicucuk hidung dan dilepas di tanah berlumpur lantas memberontak, mengamuk…habis sekampung terpalit !!

Berfikirlah secara dewasa, kita di beri akal oleh Yang Maha Pencipta untuk membezakan yang mana baik & yang mana satu buruk !

.

14 comments November 4, 2009

…?

Gua cuti daripada sihat untuk beberapa hari yang lalu…

.

5 comments October 30, 2009

Harapan bajet 2010

1m

Datuk Seri Najib,

Harapan pada bajet 2010 kali ini adalah agar poket gua dan rakyat 1Malaysia tidak bejat !  Sama ada secara langsung ataupun tidak langsung.

Mohon Tuan Yang diPertua perkenan, sekian.

.

18 comments October 21, 2009

Dua jenis lembu…

Ada dua jenis lembu dalam dunia ni…

Satu,
Lembu yang ditambat.

Dua,
Lembu yang dilepas bebas.

gua pilih lembu yang ditambat…

…( ? )

.

7 comments October 19, 2009

kesilapan bukan berkali-kali…ada faham?

Sama ada menyedari atau tidak kita sering tak ambil pot tentang pengalaman masa lalu. Mungkin kita lebih mengutamakan teori kehidupan yang kita pelajari dan dalami selama ini tetapi kita sering melupakan pengalaman yang kita alami sendiri atau pengalaman orang lain sebagai pengajaran yg paling baik buat kita.

Secara mudahnya mana mungkin secara logiknya kita perlu jatuh untuk kali kedua di  tempat  yg sama dalam perjalanan yg sama walaupun kebarangkalian itu ada.

Belajar sendiri dari kesilapan boleh menyebabkan kita lebih menghargai sifat berhati-hati kerana kita telah merasakan betapa sakitnya jatuh, betapa lama sembuhnya luka, betapa penderitaan yang perlu di tanggung. Maka benarlah kata pepatah bahawa pengalaman adalah guru yang paling baik.

zoltan500

So, kalau memang pengalaman adalah guru yang paling baik, dan boleh membuat kita menjadi lebih dewasa dan lebih mantap tentang perihal kehidupan, kenapa kita masih sering mengulangi kesilapan bodoh yang boleh menjejaskan integriti sendiri?

gua sangat-sangat tidak faham…kesilapan bukan berkali-kali…okeeeeeyy !

13 comments October 12, 2009

gua tidak bias…

Ego sering disinonimkan dengan sifat-sifat lelaki. Gender bias barangkali. Apakah perempuan tidak perlu dilabel sebegitu?

Fitrah kejadian manusia sememangnya di jadikan punyai sifat positif dan negatif tertentu. Sifat negatif juga perlu tapi bukan dalam kadar yang terlampau banyak. Kita perlu malu tapi biar bertempat. Kita perlu marah tapi bukan membaran. Kita perlu menjerit tapi bukan sampai nak pecah halkum! Kita perlu bersedih tapi jangan sampai pasif. Dan juga kita perlukan ego baik lelaki & perempuan!

Perempuan selalu mahu kelihatan cantik, sememangnya dia dijadikanNya punya ciri-ciri itu. Ada kalanya mereka sanggup melakukan apa sahaja untuk impian itu. Berapa banyak product kosmetik kecantikan dalam pasaran kita? Semuanya bersaing untuk satu persaingan yang sihat! kununnya…. Mungkin barangan kosmetik akan naik harga dalam bajet 2010 nanti… :) Tidak ketrerlaluan juga kalau dikatakan semua ini dilakukan sebagai sebahagian dari ego perempuan supaya kelihatan lebih menarik dari perempuan lain…(?)

lips

Bukankah persaingan ini menunjukkan perempuan kurang percaya diri dengan apa yang kalian miliki? Adakah sifat membangga yang boleh membawa kepada takbur ini tidak egois namanya?

Gua bukan pakar psikologi gender untuk merungkai semua persoalan ini. Gua tidak bias…
.

9 comments October 5, 2009

Previous Posts


Authors

 

December 2009
M T W T F S S
« Nov    
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

Blogroll

Di Sebalik Lensa

News

What news

Top Posts

Top Clicks

Blog Stats

Recent Comments

semut api on Luar biasa…
bejahnz on Luar biasa…
dua belas on Luar biasa…
semut api on Luar biasa…
relevan on Luar biasa…
semut api on Ketika mata pedang di leher…
Ouled Kenitra on Ketika mata pedang di leher…
semut api on Ketika mata pedang di leher…
raudah on Ketika mata pedang di leher…
pyanhabib on Ketika mata pedang di leher…

Meta