Ada apa dengan tahun 2009?

i

 Sebanyak 102 majikan akan memberhentikan seramai 4,749 pekerja secara berperingkat-peringkat pada bulan Januari hingga Mac tahun 2009, kata Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr. S. Subramaniam. Menurut beliau, majikan yang ingin memberhentikan pekerja secara sukarela atau sementara perlu melaporkan kepada Jabatan Tenaga Kerja sekurang-kurangnya 30 hari sebelum berbuat demikian.

ii

Kadar indeks jenayah di negara ini dijangka meningkat pada tahun 2009 berikutan ramai yang hilang pekerjaan akibat kesan krisis ekonomi dunia. Timbalan Ketua Polis negara, Tan Sri ismail Omar berkata, kebiasaannya kesan krisis ekonomi dunia akan mendorong berlaku kegiatan jenayah disebabkan bilangan mereka yang tiada sumber pendapatan tetap telah bertambah.

iii

Kementerian Perdagangan Dalam negeri dan Hal Ehwal Pengguna yakin harga kebanyakan barangan akan turun dengan ketara pada suku pertama tahun 2009. Datuk shahrir Abdul samad berkata, penurunan harga di jangka berlaku selepas pihaknya mengadakan pertemuan dan perbincangan dengan pembekal, pembuat atau pengeluar serta pemborong pada Januari 2009.

iv

Akhirnya Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan akan meletak jawatan sebagai Perdana Menteri pada Mac 2009 dan juga tidak akan mempertahankan jawatan sebagai Presiden Umno dalam pemilihan akan datang. Pelan peralihan kuasa yang kini dipercepatkan membolehkan Najib memegang jawatan Presiden Umno seterusnya diberikan jawatan Perdana Menteri Malaysia ke tujuh.

g11_17429551

Mayat bertaburan di ibu Pejabat Polis Hamas dalam serangan udara Zionis pada 27 Disember 2008.

v

Tahun 2009 akan menyaksikan kemelut di Palestine tambah meruncing  apabila tentera Zionis semakin menggila dan tiada tanda-tanda gencatan senjata akan berlaku. Penduduk Palestin berada di ambang maut apabila bantuan ubat-ubatan, air bersih dan makanan tidak dapat disalurkan akibat sekatan Israel. Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC) sifatkan keadaan di Gaza sangat-sangat berbahaya dan meruncing. Semua hospital di Gaza kehabisan bekalan darah dan ubat-ubatan terutama vaksin tetanus untuk kanak-kanak.

 

Masih belum terlewat  ~ Selamat Tahun Baru 2009~

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

8 Responses to Ada apa dengan tahun 2009?

  1. Masy says:

    adoii besaunye gambau mayat.. ilang sume benda nk taip tadi. huh.

  2. semutzapi says:

    Masy,

    ok..dah kecikkan. walau ngeri itu realitinya…

  3. Rai says:

    Salam bos,

    Tahun saja baru…kita semakin lama!

  4. semutzapi says:

    rai,

    …Lama dan semakin berisi fizikal & mental.

  5. kuncop says:

    slm abg deanz. lama tak jengguk sini tahu2 jer nampak mayat bergelimpangan. mari lar sama2 doakan keselamatan saudara seagama kita.

  6. semutzapi says:

    kuncop..

    boikot product zionis…

  7. meen says:

    salam deanz , tak terlambat lagi kot nak wish happy new year 2009. Moga tahun ni lebih baik dari tahun2 sudah..

  8. semutzapi says:

    Meen,
    Slamat tahun baru juga…txs & slamat kembali bertugas.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s