Satu bangsa yang sombong dan hina

Di negara Malaysia tercinta ini kita masih bebas santai melakukan sebarang aktiviti tanpa rasa cemas dan takut. Kita masih boleh bangun pagi menghirup udara segar, mandi dan bersiap ke tempat kerja sebagaimana rutin harian. Bebas mencari rezeki sepanjang hari. Waktu petangnya berjalan berlenggang di pasar malam sambil menjamu mata membeli apa sahaja barang keperluan, bebas makan dan minum di restoran Mamak 24 jam malah di restoran bertaraf lima bintang sekalipun tanpa rasa sekelumit cuak pun. Malah menjelang dinihari ada antara kita bebas melalak berkaraoke, berjoget berdansa hingga ke pagi tanpa rasa takut! Tetapi tidak bagi rakyat Palestine di Genting Gaza.

Mereka hidup dalam ketakutan, tidak ada tanda-tanda Israel akan menghentikan serangan di Genting Gaza, mahupun mematuhi arahan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) supaya mengadakan gencatan senjata di wilayah Palestin itu. Jika PBB tidak mampu berbuat apa-apa terhadap Israel, siapakah yang mampu menghentikan keganasan rejim Zionis Yahudi di Genting Gaza?

AS dilaporkan telah pun menawarkan kontrak sewa kapal untuk membekalkan 3,000 tan peluru kepada Israel bagi menyokong kempen ketenteraan rejim Zionis terhadap penduduk Palestin di Genting Gaza. Jika itu keadaannya, siapakah lagi tempat penduduk Palestin hendak bergantung? Sekurang-kurangnya berilah peluang kepada mereka untuk membela dan mempertahankan diri sendiri.

Jika AS boleh membekalkan senjata kepada Israel…satu bangsa yang sombong dan hina ini untuk melakukan kekejaman ke atas penduduk Palestin, kenapa tidak negara-negara Islam membekalkan senjata kepada penduduk Palestin untuk mempertahankan diri mereka sendiri.

Negara-negara Arab yang berjiran seperti Mesir, Jordan dan Syria perlu bersedia membuka sempadannya bagi memberi laluan kemasukan senjata ke wilayah Palestin secara sah, manakala negara-negara Islam yang kaya seperti Arab Saudi dan Kuwait pula menyediakan dana bagi membeli senjata-senjata untuk keperluan penduduk Palestin mempertahankan diri.

Sekiranya, usaha ini juga turut disekat oleh PBB, AS dan sekutu-sekutunya, maka dunia memang bersikap double standard terhadap bangsa Palestin dan mereka sememangnya benar-benar mahu melihat penduduk Palestin hapus daripada muka bumi ini.

 boycott-israel-275x275

Anak-anak ISRAEL memberikan hadiah untuk anak-anak Palestine.

anak Israel 2

…dan anak-anak Palestine menerima-nya dengan

anak2libanon.jpg

g13_17476497

 g17_17492231

g31_17448799

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

11 Responses to Satu bangsa yang sombong dan hina

  1. noorlara says:

    deanz,
    salam rindu dariku,
    nampaknye tiada apa yg dapat kita lakukan melainkan menderma ikut kemampuan dan berdoa setiap hari untuk kesejahtweraan saudara-saudara kita di Palestin. mana yg boleh kite boikot kita boikot

  2. semutzapi says:

    noorlara,
    Pekaba?
    Tindakan boikot ini sbg tanda protes serangan Yahudi ke atas penduduk awam Palestin yang tidak berperikemanusiaan.
    Tindakan boikot ini juga dilakukan kerana sejarah membuktikan yang Yahudi ini memusuhi semua tamadun bukan hanya tamadun Islam sahaja.

    *Tak jenguk tempat lama ke? ramai yang rindu tu..

  3. Masy says:

    salam deanz,
    rupanya Fotopages pun antara hasil usaha Israel juge. Quote dari Fotopages Acai:

    “Pidgin Technologies yang cipta dan uruskan Fotopages ni adalah orang Israel dan hostingnya juga adalah dari dalam Negara Israel..senang cerita Fotopages ni Made in Israel lah..dan lagi best Malaysia adalah pengguna Fotopages paling ramai..”

    mungkin kita kene…. let me think..~

  4. semutzapi says:

    Masy,
    add pic protes Israel dalam fotopages sebagai tanda protes…sekurang-kurangnya kita bersuara.

  5. nurjihad says:

    salam..
    dimana-mana semua panas dengan isu gaza ni..
    kita disini, berdoa dan menyumbang sedaya mampu..
    boikot..sekurang-kurang mesejnya sampai…
    😛
    *dah lama tak menjenguk..mungkin tuan rumah dah lupa saya*

  6. semutzapi says:

    Salam nur..
    txs drop..masih belum lupa…kenapa url x boleh klik?

  7. mojiah709 says:

    Deanz,
    memang kejam….sedih dan pilu terkenangkan nasib malang mereka yg tidak terdaya.

    semuga mereka dirahmati Allah.

  8. semutzapi says:

    Salam green..
    lama tak drop…semoga kita aman sentosa di sini..

  9. mojiah709 says:

    Hi Deanz, semoga semakin hari semakin erat ya.

  10. syura says:

    hai deanz,

    Lama xder citer…bz kerr…rindu plak…heheheh..

  11. semutzapi says:

    syura…
    meh le turun tempat lama…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s