Antara akal dan berakal

Di sebuah hutan, hidup seekor Raja Singa bernama Riduan. Pengikutnya adalah seekor burung gagak, harimau dan serigala.

Suatu hari, mereka melihat seekor unta yang terpisah dari kawannya. Lalu mereka membawa unta kepada Riduan, raja mereka. Raja menyakinkan unta bahawa dia akan selamat dan hidup dengan aman bersama mereka.

Hampir sepurnama berlalu. Pada suatu hari dalam musim tengkujuh, Raja Riduan telah jatuh sakit. Hujan turun mencurah-curah, kawasan cerun dan lembah mula dibanjiri air  yang membuatkan mereka sukar untuk mendapatkan makanan. 

 “Marilah kita usulkan supaya Raja Riduan membunuh unta untuk dijadikan makanan. Apa gunanya unta ini bagi kita?” Cadang serigala.

“Si singa sudah menjanjikan keselamatan unta. Jadi bagaimana singa boleh membunuh dia?”  kata harimau.

“Raja kita uzur dan lapar. Dia mungkin tidak keberatan untuk tidak menepati janjinya dan mungkin membunuh unta itu, biar pun hal itu merupakan perbuatan dosa,” kata burung gagak.

Lalu mereka pun mengadap Raja Singa.

“Apakah kamu sudah mendapat makanan?” Tanya Raja Singa.

“Yang Mulia! Walaupun kami telah berusaha dengan sebaik-sebaiknya, kami belum menemui apapun.”

“Bagaimana kita boleh terus hidup tanpa makan?” kata Raja Singa.

“Anda mempunyai makanan yang tersedia, tapi Anda tidak memakannnya,” kata burung gagak.

“Makanan apa?” Tanya singa.

Burung gagak berbisik di telinga singa,  “Si Unta.”

“Tuhan melarang hal ini. Aku sudah berjanji bahawa dia akan hidup selamat dan aman disini, mana mungkin aku boleh membunuhnya!!?”

animals_beasts_lion_king_of_beasts_005339_

Ketiga-tiga mereka beredar apabila melihat Siang Singa agak murka lantas merencanakan sesuatu…

“Kita tidak perlu membunuh unta. Kita akan merencanakan satu cara agar unta tersebut menawarkan dirinya dengan rela hati.”  Cadang serigala.

Burung gagak terfikir akan hal ini. Dia membuat sebuah rencana rahsia.

Pada waktu yang tepat, si burung gagak, harimau dan serigala menagadap singa.

“Tuan! Kita belum berhasil dalam usaha kita untuk mendapatkan makanan, dan tuan juga lagi menderita sangat lapar. Jadi makanlah saya ” kata burung gagak.

“Yang mulia! Kenapa tuan tidak memakan daging saya supaya tuan boleh terus hidup?”  mohon serigala pula.

“Wahai raja! Berikanlah tenaga kepada diri tuan dengan memakan daging saya”, rayu sang harimau juga.

“Teman-teman, aku lebih baik mati daripada melaksanakan tindakan yang begitu jahat,” jawab singa.

Si unta yang pada saat itu mendengar pembualan mereka, merasa serba salah dengan kehadirannya tanpa berkorban sesuatu…

Dari lubuk hatinya yang paling dalam tiba-tiba Sang Unta bersuara, “Yang Mulia! dengan rasa rendah diri saya ingin menawarkan tubuh ini demi kesinambungan hidup… “

Belum pun habis unta bersuara, sang harimau meloncat dan menerkam ke atasnya, mengoyak merobeknya unta semahunya….Ketiga-tiga pengikut raja menadapat santapan yang besar, enak dan fresh… jamuan daging unta yang malang…

Sang raja terkedu melihat tingkah dan laku mereka…

.

.

.

.

‘Yeop! Siapa yang lebih bijak?

‘Entah le…..’

 

 

 

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

3 Responses to Antara akal dan berakal

  1. Rai says:

    tumpuk-tumpuk taik unta…!

    Hamba sihat walaupun 2,3 menjak ni doktor kata low blood pressure.Tapi hamba bukanlah di perantauan. Cuma 30 km dari shah alam je.Hahaha!

  2. semutzapi says:

    Rai..

    Low blood tak apa bole cepat cool jgn high blood nanati temper cepat naik…😀

  3. oen says:

    numpang lewat

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s