Perpaduan Melayu; Adakah penyelesaiannya?

Sudah cukup rasanya kita mendengar rencam peristiwa dan politik yang berlaku di negeri Perak pada waktu ini. Memang cukup menyayat hati apabila penghinaan demi penghinaan dilakukan oleh individu-individu yang bermotifkan politik. Bermula terhadap kesultanan negeri Perak hingga ke muftinya. Apa yang berlaku amat menyedihkan tetapi  itulah qada dan qadar-Nya. Apa yang penting sekarang kita perlu mencari  jalan penyelesaian yang efektif bagi menangani perselisihan yang berlaku.

Melayu bukan sahaja berpecah kepada dua, malah lebih daripada itu. Piliharaya serentak di dua Bukit satu Batang pada 7hb April ini bakal menyaksikan segala macam tohmahan yang bakal muntah dari isi perut pengamal politik yang bakal bertanding! Tak percaya ? kita lihat sendiri nanti.

Minggu depan akan berlangsungnya Perhimpunan Agung Umno yang seperti menjadi wadah kepada perpaduan Melayu tetapi setakat mana kemampuannya…( ?) Apakah nasib yang menimpa Ali Rustam akan mengundang bala kepada perpaduan Umno dan Melayu ? yang bakal menjadi korban masa depan hanya rakyat dan generasi akan datang…makanya tidak hairan suatu hari nanti ada yang berani kencing berdiri di batu nisan kuburan mereka.

Sama seperti sepohon pokok terasnya tetap satu, lantas kita berpisah di cabang. Ada yang kekiri, ada yang ke kanan, ke depan, ke belakang. Walau akan berpisah pula di ranting terasnya tetap satu! Begitukah perinsip kita ?

 

 

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

2 Responses to Perpaduan Melayu; Adakah penyelesaiannya?

  1. zalisa maz says:

    Err… nak komen apa ya? hmmm… no komen😀

  2. semutzapi says:

    Zal,
    macam artis pulak…tapi kadang2 orang politik pun suka cakap ‘no komen….’

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s