Booo Khairy !

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO yang baru, Khairy Jamaluddin perlu berusaha memenangi kepercayaan ahli sayap itu supaya beliau dapat diterima sepenuhnya selepas ini. Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, sikap sebahagian perwakilan yang seolah-olah menolak kemenangan Khairy merupakan cabaran yang perlu diatasinya. “Selepas ini terpulang kepada kepimpinan dan cara beliau berurusan dengan ahli Pemuda UMNO. “Masa akan menentukan (sama ada beliau akan diterima sepenuhnya),” katanya pada sidang akhbar selepas berakhir Perhimpunan Agung UMNO 2008 di sini hari ini.

Persoalan mengenai penerimaan terhadap Khairy timbul apabila beliau beberapa kali kena ‘boo’ semasa namanya disebut pada perhimpunan itu. Najib berharap masalah itu dapat diatasi Khairy kerana Pemuda UMNO merupakan sayap penting dalam menentukan masa depan parti itu. 

captphoto_1238043654535-1-0

Beliau turut ditanya tentang tindakannya memuji bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ali Rustam dan Khairy dalam ucapannya sedangkan kedua-duanya dikaitkan dengan politik wang. Najib menjelaskan, dalam hal Ketua Menteri Melaka, beliau telah dihukum supaya tidak bertanding oleh Lembaga Disiplin parti. “Perwakilan menerima (keputusan) dan beliau mempunyai peranan tertentu dalam parti, biarlah beliau lakukannya,” ujarnya.

 

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

7 Responses to Booo Khairy !

  1. Masy says:

    salam..

    perwakilan konon2 boo tp lepas tu sokong jugak. tahpape tah.

  2. semutzapi says:

    Mas,

    depa dapat gula-gula getah…manis & terus melekat..

  3. meen says:

    errrr..tak suka! tak suka! *hiks..tetiba je*

  4. ina says:

    entah nape rasa tak adil ali rustam tak dapat bertanding tu

    pasal kj tu, alahai.. menantu poklah ni.

  5. semutzapi says:

    Meen,
    Suka tak suka dah jadi realiti…

    Shaf,
    Perwakilan dah bersuara, terima saja Lah…

  6. OD says:

    Tak tahu ler nak cakap apa sebab tak tahu siapa yang patut teman percaya!

  7. semutzapi says:

    OD,

    lebih baik percaya pada diri sendiri..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s