Sempurna sudah teori RAHMAN

Maka sempurnalah sudah teori RAHMAN dengan berlangsungnya upacara angkat sumpah Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri keenam di hadapan Yang di-Pertuan Agong, pada 3 April 2009.Datuk Seri Najib Tun Razak yang baru dilantik ke jawatan Perdana Menteri terus memulakan tugas rasminya dengan menghadiri Majlis Gala Grand Prix Malaysia 2009 di Hotel J.W Marriot, membebaskan 13 tahanan ISA, melakukan lawatan mengejut ke tiga lokasi komuniti kaum di sekitar KL, menerima borang kemasukan semula ke dalam Umno Tun Mahathir dan esok akan menerima pula kekalahan & juga kemenangan tiga pilihanraya kecil.

Dalam pada itu, inilah pertama kalinya negara mempunyai dua mantan Perdana menteri dalam satu-satu masa. Tahniah Tun Lah dan selamat menduduki rumah baru. InsyaAllah Tun akan punya banyak masa untuk berehat jika dibandingkan dengan mantan Tun M.

Perdana Menteri yang baru juga bakal merombak barisan anggota kabinet beliau yang baru. Kini spekulasi siapa yang bakal menganggotai Kabinet pula menjadi bualan. Apapun sebagai rakyat biasa sekalung tahniah kepada Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai PM yang ke enam melengkapkan teori RAHMAN bermula dari Rahman Putra (Tunku) dan di akhiri dengan Najib (Datuk seri)…selepas ini apa pula teorinya?

spaceball2spaceball

Ooooopss…terlupa pulak, tahniah juga buat Datin Seri Rosmah Mansur yang sentiasa berada di sisi suami tersayang…

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

4 Responses to Sempurna sudah teori RAHMAN

  1. OD says:

    Deanz… apa maksud Teori Rahman tu?

  2. meen says:

    *big smile* tahniah!tahniah!

  3. semutzapi says:

    OD,
    R= rahman putra
    A= abdul razak
    H= Hussien Onn
    M= mahathir
    A= abdullah …bukan anwar🙂
    N= najib

    Sekian.

    Meen,
    …tahniah…senyum penuh makna.

  4. syura says:

    hai deanz..lama xder citer baru.. apa mcm skg nie

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s