Lelaki ini yang penuh misteri…

Lelaki misteri bernama Micheal Jackson yang bergelar Raja Pop ini dilaporkan meninggal pada 25 Jun lalu. Legenda ini merupakan pencetus kepada evolusi muzik pop antarabangsa. Kepada anda yang berusia 30-an seperti saya mahupun mereka yang menginjak usia 40-an, jangan cuba menafikan hakikat bahawa anda semua pernah membesar dengan lagu-lagu dendangan Jackson.

Justeru, ingatan peminat-peminatnya terhadap Jacko tidak akan hilang biarpun kehidupan peribadi seniman itu sangat huru-hara,pelbagai kes saman, skandal termasuk krisis kewangan yang teruk dialaminya sejak beberapa tahun kebelakangan sebelum dia menghembuskan nafas terakhir.

Duit sudah tentu bukan masalah buat Jacko. Dia mampu untuk memiliki apa yang diingini dalam sekelip mata. Lalu tidak hairanlah seluruh dunia mengetahui, seniman yang asalnya dilahirkan berkulit hitam berani mengubah warna kulit sehingga menjadi putih menerusi pelbagai fasa transformasi.

https://i2.wp.com/www.lahiguera.net/musicalia/artistas/michael_jackson/fotos/663/michael_jackson.jpg

Lagak dan gayanya di pentas persembahan cukup memukau audiens, biarpun hanya memakai t-shirt putih pagoda (agaknya la…) berseluar hitam ala Raja kung fu Bruce Lee yang kelihatan murah, lusuh dan singkat dan menampakan stokin putih beliau tetap kelihatan hebat! dan itulah trade marknya yang membuatkan penonton histeria…

Bagaimanapun, harus diingat muzik popnya juga telah mampu menjana ekonomi dunia. Albumnya yang pernah terjual lebih 750 juta unit di seluruh dunia bukan sedikit jasa baktinya dalam memakmurkan ekonomi sejagat.

Esok Micheal Jackson dijangka akan dikebumikan. Jika benar Micheal telah menjadi Mikaeel, Alfatihah untuk beliau…

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

10 Responses to Lelaki ini yang penuh misteri…

  1. Masy says:

    suke2 je kata tshirt pagoda heeheheehh

    alfatihah utk arwah. kebuminya arinie kan?

  2. semutzapi says:

    Masy..

    MJ kalau pakai Barang murah pun..orang akan kata mahal & branded…

  3. Manje says:

    CAK~!!!! kat sini rupanya abg deanz sembunyi ek~??
    apa khabar, ada sehat kah~??

  4. semutzapi says:

    kuncop,

    sihat adanya..bila nak melepasi tambak?

  5. meen says:

    hmm..dia mmg lelaki misteri..sampai akhir hayatnya, kan..?

    Al-Fatihah untuk arwah

  6. semutzapi says:

    Meen,
    RIP Jacko…

  7. pyanhabib says:

    selamat hari sabtu, 18 julai 2009

  8. semutzapi says:

    Pyan,

    selamatttt adanya…

  9. OD says:

    Deanz…
    Kulit dia tu penyakit. Bukan transformasi transformer trans-parent seperti yang dikatakan oleh sesetengah pihak (termasuklah si Semut Api… ahakz). Jangan kutuk MJ tau… tak baik. Sian dia dah tak ada.

  10. semutzapi says:

    OD,
    ye ke? info ni bole jadi sensasi nih…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s