gua tidak bias…

Ego sering disinonimkan dengan sifat-sifat lelaki. Gender bias barangkali. Apakah perempuan tidak perlu dilabel sebegitu?

Fitrah kejadian manusia sememangnya di jadikan punyai sifat positif dan negatif tertentu. Sifat negatif juga perlu tapi bukan dalam kadar yang terlampau banyak. Kita perlu malu tapi biar bertempat. Kita perlu marah tapi bukan membaran. Kita perlu menjerit tapi bukan sampai nak pecah halkum! Kita perlu bersedih tapi jangan sampai pasif. Dan juga kita perlukan ego baik lelaki & perempuan!

Perempuan selalu mahu kelihatan cantik, sememangnya dia dijadikanNya punya ciri-ciri itu. Ada kalanya mereka sanggup melakukan apa sahaja untuk impian itu. Berapa banyak product kosmetik kecantikan dalam pasaran kita? Semuanya bersaing untuk satu persaingan yang sihat! kununnya…. Mungkin barangan kosmetik akan naik harga dalam bajet 2010 nanti…πŸ™‚ Tidak ketrerlaluan juga kalau dikatakan semua ini dilakukan sebagai sebahagian dari ego perempuan supaya kelihatan lebih menarik dari perempuan lain…(?)

lips

Bukankah persaingan ini menunjukkan perempuan kurang percaya diri dengan apa yang kalian miliki? Adakah sifat membangga yang boleh membawa kepada takbur ini tidak egois namanya?

Gua bukan pakar psikologi gender untuk merungkai semua persoalan ini. Gua tidak bias…
.
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

9 Responses to gua tidak bias…

  1. ita... says:

    emm… tidakkah lelaki jua suka memandang yg cantek…. tp mak selalu pesan kat ita – jadilah diri sendiri, jgn jadi org len…,

    cantek terletak di mata seseorang…. mungkin pd pandangan si A si B tak cantek, tp pd pandangan org len, len jadinya…

    btw… ita tak punya alat solek yg manyak – hanya pelembab muka dan pelembab bibir jer…..πŸ™‚ senang begini sejak dulu….πŸ™‚

  2. cerpelai says:

    Kehkehkeh.. Gua jawab soalan Ita tu..

    Adakah dengan memakai kosmetik cam betik ditampal di sana-sini itu dikira menjadi diri-sendiri?

    Apakah itu ‘menjadi diri-sendiri’?

    Mengapa lelaki memandang pada ‘cantik’?

    Benarkah lelaki mengejar cantik?

    Gua tak pernah dapat tahu jawapannya… Tapi kenapa ramai orang diluar tu mengaku yang mereka tahu segala-galanya?

    (sambil garu kepala)

  3. jard says:

    hmmmmm……… Allah pon suka yg chantek2… ehehe..

  4. Masy says:

    menghias diri asalkan tak berlebih, takpe laa kot..

    takmo komen lelebih, kang bias plak. hehehehhe

  5. semut api says:

    ita,
    saya tak ada sebarang alat solek..natural beautyπŸ™‚

    cerpelai,
    gua tengok sekarang ni ramai yang kulit muka dia kilat bersinar macam cat kereta metallic, lelaki pun ramai..

    jard,
    Allah suka yang cantik, yang asli dari ciptaanNya…

    Masy,
    jgn terlebih macam cina opera dah ler..πŸ™‚

  6. bejahnz says:

    laki ego dengan perempuan.
    perempuan ego denga perempuan.
    argh.
    benci ego.
    huh.

  7. semut api says:

    bejahnz,
    kita serupaaa…πŸ™‚

  8. noorlara says:

    apapun pompuan mmang makhluk ciptaan Allah yang terindah, jagai mereka dengan sebaik-baiknye

  9. semut api says:

    noorlara,
    setuju…
    lelaki juga makhluk ciptaan allah yang terindah juga…
    πŸ™‚

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s