AFUNDI Tok Imam

Gua tergelak besar bila terbaca berita lawak tapi real tentang apa yang berlaku kepada sebahagian tok-tok Imam di Perlis. Dalam satu titah Baginda Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail mengingatkan imam di negeri ini supaya tidak cuba meraih populariti seperti mana peserta program realiti di televisyen ketika menjalankan tugas seharian sebagai imam.

”Jangan kerana kita hendak popular, terikut-ikut dengan program realiti di televisyen sehingga kitapun ikut sahaja permintaan anak qariah, sebaliknya kita perlu melaksanakan tugas imam dengan betul.

”Apabila saya menegur imam-imam ini mereka berkata ia semua adalah permintaan anak qariah sendiri sedangkan sepatutnya imam adalah pemimpin yang harus memimpin anak qariah bukan sebaliknya,” titah baginda.

sms

Tak sangka pulak gua tok Imam pun boleh tersampuk populariti macam golongan artis juga. Gua ingat tok Imam berkhidmat bukan kerana nama..gua ingat Mawi jer yang nak jadi Raja SMS..gua ingat blogger pun perlu jadi raja SMS untuk popular…tapi gua faham blogger menulis bukan kerana nama…

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

13 Responses to AFUNDI Tok Imam

  1. Masy says:

    salam..

    terbalik laa dunia ni klu imam pun pakat2 AFUNDI. nanti ade plak yg kene AFUNDI keluar, AFUNDI masuk bla bla bla.. last2 yg dtg mesjid sume sibuk nk undi bkn nk beribadah..

    blogger menulis bkn kerana nama. tp ade yg menulis kerana Nuffnang. opsssss (sendiri terasa sket2 hehehehe)

  2. IRIS says:

    Salams.

    Semut, aduhai hehehe senario AFUNDI imam ini macam lucu kedengaran.

    Saya menulis hanya untuk suka2, jika bermanfaat bolehlah “diguna pakai’ sebagai nasihat. hehehe

  3. semut api says:

    masy,
    tok imam yang menang kena sponsor buat kenduri tiap malam jumaat…πŸ™‚
    site income penting tuhhh..

    iris,
    teruskan menulis dgn cemerlang gemilang terbilang…

  4. relevan says:

    Macam rancangan realiti TV pulok ni…Weh! Orang Jerantut ok ok jer..

  5. semut api says:

    relevan,
    populariti tanpa batasan…πŸ™‚

  6. abgjas says:

    Salam Deanz,
    Ya..blogger menulis bukan kerana nama…hanya kepuasan diri..
    Imam ikut makmum?????

  7. semut api says:

    abg jas..

    imam zaman cyber katakan….πŸ™‚

  8. Tu belum cerita pasai imam gaduh sesama imam…padahal dorang lebih ‘arif’ pasal hukum hakam…

    Juga bukan menulis kerana nama…tp menulis kerana ada orang seperti lu bro! TQ!

  9. semut api says:

    YB,
    Imam pun orang biasa juga…x kalis dosa bro..πŸ™‚
    gua pun menulis sbb ada blogger tegar macam lu…
    dah joint club exo… ke belum?

  10. lanrambai says:

    Salamm… lawat http://www.protonexora.com.my utk maklumat pasal stiker eocm tu.

  11. afrar yunus says:

    salam deanz
    macam macam.
    tok imam mahu empati dengan cara remaja agaknya. jangan jangan sambil menyelam minum air ?

  12. Rai says:

    Ketuk,ketuk!

    Saya juga masih hidup ;p

    p/s Tak pernah cakap ‘menulis bukan kerana nama’.Jgn salah anggap.bukan gila glamour.Tapi nak hidup.

  13. semut api says:

    lanrambai,
    roger & txs drop…πŸ™‚

    sdra afrar,
    apa yg penting elaun dibayar..khabarnya di selangor imam dah hampir setahun x dpt elaun..apa cer?

    Rai,
    gua respek dengan penulis tegar & tahniah πŸ™‚
    apa cerita KALAM?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s