Bro Anwar kembali popular!

Pendakwaan dalam kes liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa memiliki bukti sampel air mani diambil daripada bahagian tubuh pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan yang boleh membuktikan kes mereka. Setelah perbicaraannya tertangguh beberapa lama,  Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah dalam keputusannya menolak permohonan Anwar untuk menangguhkan perbicaraan yang dijadualkan bermula selama 17 hari.

Peguam Cara Negara II Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden dalam hujahnya di Mahkamah Tinggi di sini, berkata keterangan doktor dan pakar kimia yang saling menyokong akan mengenal pasti sampel itu dijumpai bahagian mana tubuh mangsa. Pada hari kejadian: 26 Jun 2008 antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, No. 99, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, Kuala Lumpur. Difahamkan Mohd Saiful, bekas pembantu Anwar dipanggil sebagai saksi pertama.

Perbicaraan hari pertama kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim, 63, mendedahkan bahawa Mohd. Saiful Bukhari Azlan, 25, berhenti kerja kerana tidak mahu diliwat lagi oleh Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu. Sebagai sukarelawan sekitar 1 Mac 2008 dengan tugas antaranya mengatur jadual ceramah pilihan raya sebelum dilantik pembantu peribadi pada akhir April. Dibayar gaji RM1,000 dan elaun AS$1,000 (RM3,400) serta 10,000 dolar Hong Kong (RM4,300) bergantung kepada perjalanan ke luar negara.

Apa yang pastinya tempoh perbicaraan Anwar telah menyebabkan kesesakan lalulintas sekitar Tol Duta, Jalan Duta dan kawasan sekitarnya pagi dan petang!  Itu je la tempias yang aku dapat… Peeeeeeergghhh… !!

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

11 Responses to Bro Anwar kembali popular!

  1. Masy says:

    ok la tu dpt tempias jem.. klu dpt tempias ‘sampel’ tu kang lg la haru… hehehe

  2. Tu dia…semua dah ‘keluar’…

  3. semut api says:

    masy,
    hahaha…

    YB,
    malu kalau budak2 sekolah baca paper..

  4. nita says:

    nape x nmpk muka eh kt tv? ngehngeh…

  5. semut api says:

    berkenan ke? Jangan perjudikan fahaman politik anda🙂

  6. lin says:

    apa pun hidup semutzapi!!!!!!!

  7. semut api says:

    lin,
    jgn lupa undi aku utk next pilihanraya..🙂

  8. iris says:

    Hanya jauhari mengenal manikam kan..kan..kan…

    Cerita dah jadi macam kartun. Tak logik tapi masih juga ada yang ‘bebal’ nak sokong.

    =)

  9. semut api says:

    iris,
    rambut sama hitam…
    pendirian politik memang lain-lain punya ‘taste’.. 🙂

  10. ina says:

    sekurang-kurangnya dia popular balik… huhu

  11. semut api says:

    ina,
    dia memang popular tetapi off line…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s