Sejarah atau tragedi?

Panel lima hakim diketuai Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff membuat keputusan sebulat suara bahawa Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir kekal sebagai Menteri Besar Perak selepas Mahkamah Persekutuan  mengisytiharkan bahawa pelantikan beliau yang dibuat oleh Sultan Perak Sultan Azlan Shah adalah sah mengikut Perlembagaan.

Pertikaian mengenai siapa antara Zambry dan Mohammad Nizar adalah Menteri Besar yang sah timbul tahun lepas setelah Barisan Nasional mempunyai majoriti dalam dewan selepas dua anggota daripada PKR dan seorang daripada DAP meninggalkan parti masing-masing untuk menyokong Barisan Nasional, dan seorang lagi daripada PKR yang menyertai parti itu daripada Umno, bertindak kembali kepada Umno.


Bagaimanapun, ekoran rayuan Zambry, Mahkamah Rayuan mengisytiharkan bahawa pelantikan beliau sebagai Menteri Besar dibuat mengikut Perlembagaan.

Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin mencabar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir supaya membubarkan Dun Perak dan bertarung di ‘mahkamah rakyat’.

Beliau menyatakan demikian ketika berucap di hadapan ratusan penyokong Pakatan Rakyat (PR) yang masih berkumpul di pekarangan Mahkamah Persekutuan setelah penghakiman dibacakan.

Bercakap pada sidang media sebelum itu, beliau berkata, keputusan Mahkamah Persekutuan menolak rayuannya berhubung Menteri Besar Perak yang sah tidak dapat menyelesaikan kemelut yang berlaku di negeri itu.


Sumber; Bernama & Harakahdaily


This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

10 Responses to Sejarah atau tragedi?

  1. ina says:

    takpe nizar, cool down. huhu

  2. me3n says:

    Yang menghairankan kenapa lama sangat nak buat keputusan..

  3. semut api says:

    shaf,
    cool tapi menggelegak juga tuh…🙂

    me3n,
    byk sgt kes kat Perak kot…

  4. iris says:

    Perak oh Perak….

    Pohon Marhaen tak berkesudahan lagi. Semoga yang benar tetap akan menerajui jua.

  5. Masy says:

    heh. nak komen pon malas.

    morning tuan umah~

  6. semut api says:

    iris,
    harap2 sejarah tidak berulang..

    masy,
    morning orang melaka…yang tidak bersultan..🙂

  7. relevan says:

    Zambry menang ke ni?..

  8. semut api says:

    yer bro…Zambry sah MB Perak..

  9. cerpelai says:

    Ikut gua senang je…

    Zambry ke Nizar, masing-masing manusia…….

  10. semut api says:

    cerpelai,
    tu la gua ingat itu macam jugak la…kalau monyet lagi huru hara bebb…🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s