G type atau L type…(?)

Kemelut seks abnormal makin mengancam dunia. Gejala homoseksual mempunyai sejarah tersendiri. Manusia pernah ditimpa musibah besar angkara gejala itu. Hari ini, gejala tersebut begitu berleluasa. Ia bukan lagi tertumpu di negara sekular malah merebak ke negara-negara Islam. Saiz komuniti homoseksual sama ada gay mahu pun lesbian kian membesar di seluruh dunia. Walaupun tergolong sebagai manusia bermoral rendah, celaru dan gagal memahami fungsi seksual diri sendiri, makin ramai daripada pengamal homoseksual diangkat menjadi pemimpin.

Perkahwinan sejenis bukan lagi sesuatu yang janggal. Perjuangan bagi menuntut hak untuk golongan tersebut, menampakkan banyak peningkatan. Di sebahagian negara Asia, memperjuangkan kepentingan golongan tersebut bukan lagi sesuatu yang tabu.

Jika gejala ini tidak mampu dibendung, apa akan jadi dengan masyarakat dunia pada 10, 25 tahun dan 50 tahun lagi? Tidakkah persekitaran dunia homoseksual ini akan membawa mudarat besar buat generasi akan datang?

 

Di Malaysia ramai anak muda sudah terjebak dengan gejala itu. Kelab-kelab, spa dan rumah urut gay beroperasi secara tertutup dalam apa yang dianggap sebagai gerakan gay underground.

Internet turut menjadi senjata bagi golongan gay untuk mempromosi kegiatan dan budaya golongan tersebut menerusi laman web tertentu. Tetapi berdasarkan laman web itu dan banyak petunjuk lagi, boleh dirumuskan bahawa pasangan gay dan lesbian makin bebas melakukan aktiviti seks luar tabii.

Kalau dibongkar habis-habisan, pasti ia lebih menggerunkan. Mungkin sama dahsyat dengan keadaan di Uganda. Cabarannya, berapa banyak lagi yang kita tidak tahu tentang gejala tersebut. Berapa ramai yang dah ‘kahwin’ secara tak rasmi… (?) dari sumber tak rasmi juga yang gua dapat statistiknya semakin bertambah…

 

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

7 Responses to G type atau L type…(?)

  1. iris says:

    Salam…

    Saya baru terbaca topik ini di sebuah blog. Kisah nyata seorang suri yang hancur hatinya apabila mendapat tahu suaminya mengaku ‘gay’.

    Thanks utk post ini.

  2. semut api says:

    iris,
    saya ada seorang kenalan lelaki yang begitu, mempunyai seorang anak tapi mungkin isterinya belum tau…

  3. Jae (Greeny) says:

    rasanya, gejala ini semakin meleluasa dikalangan golongan orang2 yg terpeljar juga. Ramai golongan intelektua ini mungkin mencuba atau tercuba namun harapan agar mereka kebali kepangkal jalan.

  4. Bro, menarik kupasan kali ni…ada gak terbaca dlm satu blog tp siap tunjuk gambar yang digelar ‘pelaku’…mungkin ada cara lain kita nak menegur…

  5. semut api says:

    Greeny,
    di negara anda mungkin lebih terbuka dalam hal ini…
    tapi jangan terjebak bro ..🙂

    YB,
    Banyak blog golongan nih…dah bole jadi directory…🙂
    filem malaysia coming soon akan ada yg fokus kepada golongan ini…

  6. Masy says:

    nk ckp byk pun cuak. doa² laa moga keturunan kita semuanya terpelihara drpd mende² ni, insyaallah…~

  7. semut api says:

    masy.
    amiiiinn…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s