BN kembali ke jalan yang benar…

Gua dah tau, rakyat 1Malaysia pun dah tau BN menang tipis dengan majoriti 1725 undi kalau dibandingkan dengan jumlah pengundi di Hulu Selangor. Sebagai anak jati Selangor gua sedikit minat untuk mengikuti segala perkembangan pentadbiran negeri gua. Pastinya ia akan berkisar tentang soal politik pentadbitrannya.

Gua tak mau mengulas panjang tapi sepanjang pra pilihanraya kecil parlimen Hulu Selangor gua sangat2 tertarik dengan berbagai janji pemodenan satu daerah di hulu negeri Selangor ini. Pekan serta pusat pentadbirannya terletak di Kuala Kubu Baharu, sebuah pekan kecil dengan panorama indah dan nyaman tinggalan penjajah Inggeris suatu ketika dulu…sangat historik dan nostalgik. Malah Allahyarham Sudirman juga dalam satu lirik lagunya berpesan ‘kalau pergi kuala kubu, tulis nama atas batu..’

Gua pun tertanya-tanya dengan kemenangan ini, apakah Hulu Selangor akan benar-benar berubah menjadi sebuah bandar separa moden? Apabila meneliti kepada semua janji-janji pra pilihanraya kecil itulah tranformasi yang bakal berlaku kepada Hulu Selangor.

Dalam meriah kempen di Hulu Selangor gua teringat kepada bekas MB Selangor, Dr. Mohamad Khir Toyo kita..lama tak havoc bro? Tak apa la harap-harap dalam keadaan sihat selalu hendaknya. Nanti senang-senang kita pekena mee udang kat Tanjung Karang, marvelous beb !

.

 

This entry was posted in Uncategorized and tagged , , , , , , , . Bookmark the permalink.

8 Responses to BN kembali ke jalan yang benar…

  1. Masy says:

    salam..

    kita tgk apa jadi lps ni🙂 hehehe

  2. Bijen M. says:

    BN dah kena.
    Woha!

  3. semut api says:

    masy,
    kita tunggu apa jadi till next elec…

    Bijen,
    BN kena apa bro?

  4. nita says:

    kita tunggu!!!!!!!!!!!!! mna tau leh dpt monorel lak kn…

  5. semut api says:

    nita,
    monorel sampai ke melaka…

  6. seri says:

    salam.

    siapa pun yg memerintah, yg berkuasa, idup aku tetap mcm nih, biasa jaaa

    (boring ita takder hehehe)

  7. semut api says:

    seri,
    sebab lu blom cukup umur & blom layak mengundi🙂

    ita… (?)

  8. Bijen M. says:

    Tu berdasarkan komen di post yang lalu.
    Ha ha.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s