LPT lebuhraya maut…(?) Al-Fatihah

KUANTAN:

Seorang warga emas maut manakala isterinya cedera selepas kereta Proton Wira yang dinaiki dirempuh sebuah pacuan empat roda dari belakang sebelum terperosok ke dalam longkang di Kilometer 147.5 Lebuhraya Pantai Timur, dekat Maran, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 petang itu, mangsa, Abd Mubin Aman, 69, dari Sungai Jan, Jerantut, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian selepas cedera parah di kepala dan badan.
 
Ketua Trafik dan Ketenteraman Awam negeri, Superintendan Mohamed Fauzi Abdul Rahim, berkata isteri mangsa yang berusia lingkungan 50-an dan pemandu pacuan empat roda terbabit hanya cedera ringan.

Beliau berkata, mangsa dipercayai dalam perjalanan dari Kuantan untuk pulang ke rumah di Jerantut.
 
 “Mayat mangsa dihantar ke Hospital Jengka untuk bedah siasat dijalankan sebelum dituntut keluarganya.
  

“Polis masih menyiasat punca kejadian dan tidak menolak kemungkinan pemandu pacuan empat roda itu memandu laju dan tidak sempat mengelak lalu merempuh mangsa,” katanya, semalam.

 Sumber-Berita Harian.
 
 
Beliau telah menyempurnakan tugas & tanggungjawab dunia akhiratnya dengan sempurna untuk pergi selamanya…

Al- Fatihah…

 

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

14 Responses to LPT lebuhraya maut…(?) Al-Fatihah

  1. relevan says:

    Al Fatihah..umur sudah sampai..

  2. semut api says:

    relevan,
    terima kasih…

  3. Masy says:

    innalillah..
    takziah.. n alfatihah..~

  4. semut api says:

    masy,
    tqvm

  5. Bijen M. says:

    Jalan berombak.
    Macam naik roller coaster.

  6. semut api says:

    bijen,
    terutamanya karak-temerloh..tp tol tetap kena bayar..😉

  7. dzali says:

    al-fatihah..
    yang sudah pergi, dengan bekalannya..
    yang belum lagi ni, jangan kata bekalan, tupperware nak tadah pon blom ade lg..
    huhu

  8. semut api says:

    dzali,
    terima kasih…mmg betul tuh..

  9. lynn says:

    why aki must leaved me ? i love him very much ! maybe it’s the best time for him to go … Allah love him moree . so the best thing that i can do for him is read Al-Fatihah . Amin . Aki , ABD Mubin always in my heart .

  10. semut api says:

    lynn,
    only God knows… al fatihah..

  11. tugimun says:

    Hai sang semut…….tunjukkan lah muka hang….
    Mai kita ngeteh klu zul datang Shah Alam lagi…detail.???.visit tugimunlaily.blogspot.com

  12. semut api says:

    tugimun,
    insyaallah lama tak jumpa.. kenal lagi ke?🙂

  13. en_me says:

    Innalillah wa-inna ilaihi raji’un – Truly to Allah we belong, and truly to Him shall we return.. alfatihah

  14. semut api says:

    en me,
    tq..dah ketentuanNya…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s