Salleh @ Sallehudin..siapa mamat nih?

Muslim 1Dunia tahu Ramadan ialah penghulu segala bulan yang menjanjikan kelebihan luar biasa serta membuka peluang seluas-luasnya kepada setiap Muslim untuk melipatgandakan amal. Muslim sangat arif akan perkara ini kecuali seorang yang bernama Salleh Gregor Samsa. Tiba2 nama mamat ni meletop sejak awal ramadhan, berpunca dari sebaris ayat cukup ringkas dlm fb dia  ‘Kepada yang berpuasa f**k off!!’   Mamat ni terus popular. Tahniah bro! Lu memang ada cara dan jalan tersendiri untuk popular.

Salleh ni juga seorang blogger, Bintangkertas & bintang-hijau-dadu nama blog dia tapi dah private. Gua ingat lu gentelman buat apa nak sorok blog bro publish je lah.. kalau rajin google blog dia masih boleh di baca. Nasihat aku jangan percaya dengan apa yang dia tulis. Mamat ni memang pandai berteori ikut logik akal dia. Boleh baca tapi jangan ikut. Nanti ada pulak yang ramai2 berkumpul di padang Amcorp Mall buat acara bunuh diri secara berjemaah sambil berbogel! Aku percaya kalau sampai tahap ni, Ayah Pin pun boleh bubar kerajaan langit.

Ini komen dia setelah ramai orang carik dia akhirnya dia muncul bagi komen dalam blog Fared Isa…

 
Yeah, later bro. Jumpa kamu di neraka. Sebabnya, semua yang terlibat dalam blog2 murahan seperti ini, semuanya akan ke neraka. Semuanya pengumpat, dan orang-orang bodoh yang tak ada benda lain yang nak dibuat.

Dan, yang pastinya dari banyak-banyak blog yang aku baca pasal aku, semuanya banyak memfitnah dari memberikan fakta.

Ok, untuk kamu semua, aku lakukan satu dosa. Jadi, kamu semua nak perbetulkannya dengan idea-idea kamu.

Tapi, jangan lupa dosa yang kamu semua lakukan, lebih hebat dari dosa yang aku lakukan.

Jadi, point dosa kita sekarang ni, mungkin dah setaraf.

Kamu ingin membersihkan tahi, kerana kamu sendiri mahu menjadi tahi itu. Dan, jelasnya KEBANYAKKAN orang yang memberi komen, yang men-copy-paste semua tu, tak jauh bezanya dari Salleh Gregor Samsa. Dan, itu sangat ironi.

p/s tolong sebarkan pada kawan-kawan, fans-fans blog-blog gosip murahan yang tak bermaruah macam blog kau ni. Ok?

Dan, kalau nak famous, senang je. Tak payah buat macam ni. Aku boleh bukak kelas. Just ask.

BTW, thanks sebab cuba samakan aku dengan Salman dan mamat Fitna tu. But, you are totally wrong. Salleh Gregor Samsa is Salleh Gregor Samsa.

boleh tahan hujah mamat ni kan… tapi entry dalam blog dia memang tak boleh blah kalau nak baca terutamanya yang jiwa kosong. okeylah Salleh, raya tahun ni kalau lu tak ada stock butang baju melayu gua ada banyak stock, yang aku beli sendiri ada, orang bagi pun ada. kalau nak lu infom saja gua. Gua tau lu mesti pakai baju melayu kaler hitam tahun ni sesuai dengan identiti lu…🙂

.

hati sakit setiap kali menjelang waktu bersahur

.

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

19 Responses to Salleh @ Sallehudin..siapa mamat nih?

  1. PnConfused says:

    mls nk cr psl mamat nehhh.. buang ms, perasan glemer

    pehal skt ati time sahur lak???😛

  2. ina says:

    ada byk lompang juga masa baca archive blog dia tu deanz.

    antaranya, dia juga ada wish itu ini tapi aku tak tahu wish itu dia mintak dari siapa sebab dia tak percaya Tuhan. abes wish pada fairy godmother kot?

    ada lagi 2-3 benda yang menunjukkan dia masih mengaku Tuhan itu ada, Islam itu agama yg benar, tapi buat apa panjangkan cerita. nasib baik negara ni takde hukum hudud je, keluar islam = hukuman mati.

    doakan aja, dia akan dapat hidayahNya, amin.

  3. semut api says:

    pn C,
    maunya aku tak sakit hati, mamat ni pi tidur umah kawan dia, mak kawan dia masak sahur dia bedal gak tapi pastu tak posa. masuk toilet isap rokok.. siuuuut je..

    Shaf,
    dia juga pernah sebut alhamdulillah…
    cumanya aku rasa dia ni ada mental krisis…
    betul tu ..mari kita doakan yg baik2 utk mamat ni..klu tak nnt dia cakap blogger murahan mcm kita tau kutuk & fitnah dia je…

    Aminn….

  4. Bijen M. says:

    Macho juga.
    Wow.

  5. nora says:

    kasihan insan sebegini…
    moga Allah mengasihani dia dan berdoa lah kite moga di bukakan mata hatinya ke arah yang benar..

  6. semut api says:

    Bijen,
    lu kenal ke bro?

    nora,
    aku simpati..derma kurma dgn air zam-zam kat mamat nih..

  7. nita says:

    macam2 perangai org ni bro….x kisah le dia nk kutuk ke pe…apa yg penting…kerjasama…hahahaha. meh le kita reramai doakn smoga mamat psycho ni dpt hidayah.
    p/s: x mau sakit2 ati waktu sahur!! waktu lain x pe..;p

  8. semut api says:

    nita,
    bukan lu kenal ke mamat ni?
    wehh…bila nak sahur sekali nih…nak tunggu foog mai ka?
    DD senyap terus… hmmm..

  9. dzali says:

    setakat orang mcm tu,
    hantar salleh yakob je.

  10. semut api says:

    dzali,
    i foloooo…🙂

  11. jika dari mula sudah bengkang bengkok, maka apabila sudah jauh berlunjur amat susah untuk meluruskannya semula…

  12. semut api says:

    ouled,
    malang sungguh mamat tu kan….

  13. dzali says:

    untuk makluman..
    dia ahli freemanson,
    mereka tahu,
    bahkan lebih bijak,
    bahkan lebih arif psala islam..
    tapi bongkak! mcm iblis yang prsan diri ciptaan paling baik.
    dan xnak sujud kerana adam.
    mcm tu lah yahudi,
    mcm tu lah freemanson,
    mcm tulah abang salleh kita tu.

  14. semut api says:

    dzali,
    tq atas info..
    dari gaya tulisan mmg dia bongkak dan dia rasa teori akal dia paling logik ..

  15. Kujie says:

    lepas blog dia di kunci, boleh lagi masuk dgn pakcik google tu
    baca semua post entri dia
    gaya tulisan teratur
    tapi hidup macam ada masalah di sana sini
    kita doakan saja…

  16. mawar says:

    Betul.Blog Si Salleh ni memang gaya penulisannya bagus.Tapi baca sahaja.Tidak kuat semangat jangan baca.

  17. semut api says:

    Kujie,
    ye betul..masih bole di baca..
    mamat ni byk masalah mental kot…
    *lama x dengar cerita🙂

    mawar,
    Salleh aka Jiwa kacau…
    * txs drop.

  18. Mohd Irfan says:

    Astarafirullah’halazim.

    Kami di sini terdengar cerita, dan telah melihat sendiri gambar yang membuktikan yang Salleh telah dibantai, dan dari cerita yang kami dengar, dia telah pun kembali.

    Inikah sebenarnya, dakwah yang kalian cuba sampaikan? Saya dan rakan-rakan yang segelintir besarnya pernah mengaji di salah sebuah institusi pendidikan Islam terbesar dan terkenal di dunia, sememangnya kesal dengan apa yang berlaku.

    Kami di sini, pernah menghubunginya sebaik isu ini terbangkit dan kami boleh katakan bahawa mereka yang mengatakan Salleh ini tak menjawab mesej-mesej mereka adalah tipu. Kerana kebanyakkan kami di sini, menerima balasannya. Dan sesungguhnya, dia dengan hormat sekali, menjawab segala persoalan yang kami ajukan. Dia juga ada memberikan pendapatnya sendiri.

    Kali terakhir kami mendengar berita dan khabar darinya adalah sebelum dia berangkat ke salah satu madrasah yang kami cadangkan padanya kerana kami tahu, hal ini hanya boleh dibincangkan oleh orang-orang yang waras, dan bukannya di blog seperti ini.

    Sebagai seorang saudara Muslim, saya juga percaya kepada Allah s.w.t dan saya percaya akan Nabi Muhammad s.a.w dan kitab yang diturunkanNya. Dan, sesungguhnya untuk kami di sini Salleh hanyalah seorang manusia, yang mencari akan kebenaran tentang sesuatu.

    Tetapi, kalian (terutamanya, yang pertama sekali mengambil salinan kata-katanya) adalah sebenarnya orang dan golongan yang menghina Islam.

    Hal ini tidak perlu digembar-gemburkan di mana-mana. Cukuplah sekadar kita menasihatinya secara baik. Pada awalnya, dia tak menutup blog dan akaun FB nya tetapi, bila terlalu ramai yang datang menyerang dengan ayat-ayat bodoh, dia mengambil keputusan untuk menutupnya. Dan, dia ada fowardkan kepada kami kebanyakkan mesej yang diterimanya itu.

    Jujur, kami di sini sangat kecewa dengan tindakan kebanyakkan kalian yang menggunakan nama Islam untuk menjadi seperti hero. Sedangkan, ini adalah urusan antara dia dan Allah. Bukan tugas kita untuk menjatuhkan hukuman kepadanya.

    Sebelum pemergiannya ke Madrasah, dia ada menghantar pesanan kepada saya, dan beberapa rakan yang lain dan memberitahu bahawa jika benar Islam itu, dia sendiri tak akan malu untuk mengucapkan kalimah Syahadah. Alhamdulilah kerana dia sudah pun berniat. Tetapi, apa cara yang kami gunakan? Adakah kami terus menghentamnya di blog-blog dan menuduh yang macam-macam mengenainya?

    Salleh cuma inginkan kebenaran. Dia tak mahu menganuti sesuatu yang takj difahaminya. Dan, sesungguhnya bukan dia yang menghina Islam. Dia hanyalah manusia yang sedang belajar tetapi, kalian yang kebanyakkan. Kerana kalian dengan senang sekali mengajak orang lain untuk membuat umpatan tentang dirinya, tentang ibu bapanya. Dan kalian dengan jelas sekali adalah menghina imej Islam.

    Pada pendapat saya, lebih baik kiranya kita memahami Islam itu sendiri sebelum kita mengamalkannya, bukan? Kerana bila kita mengenalinya dengan jelas, maka kita akan sedar tentang realitinya.

    Bagi saya, saya setuju dengan Salleh yang ingin belajar. Dia bukanlah penganut yang membuta-tuli mengaku dirinya Islam tetapi, di dalam masa yang sama melakukan dosa-dosa yang mungkin lebih teruk dari Salleh.

    Sedih kami mendengarkan berita tentang pemergiannya. Jika benar, maka kalian telah menyedarkan kepada ramai manusia bahawa kalian bukanlah berdakwah sebenarnya. tetapi, hanyalah melepaskan ego.

    Saya mengharapkan yang saudara Salleh sempat mengucapkan kalimah Syahadah.

    mohd_irfan77@yahoo.com

  19. semut api says:

    irfan,
    tq kerana memberi pendapat. .

    -entry aku tak kutuk Salleh
    -aku hanya memperingat kpd yg jiwa kosong, hati2 takut terpengaruh kalau baca blog dia..
    -aku yakin mak bapak dia seorang muslim dan pastinya dia juga muslim..oleh itu amat tidak wajar klu tidak berpuasa sekalipun mengutuk dan mencerca ibadah puasa.. nko tak puasa itu urusan nko dgn Tuhan. Nko tak sembahyang itu urusan nko dengan Tuhan tapi jgn sesekali menghina orang lain yg taat beribadat.
    -Ramai juga yang masih sayang dgn mamat ni dan berdoa yang baik2 utk Salleh.
    -benarkah mamat ni dah mati? jangan memanjangkan cerita bro…
    -Siapa anda sebenrnya..kawan seperguruan salleh semasa di thailand…. (?)
    -Ratchadapisek Rd, Ding Daeng, Bangkok …(?)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s