Anak kecil main api…(?)

Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang

Nenek moyang kaya raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesamalah kita
Cinta lenyap diarus zaman

Indahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Peribumi merintih sendiri

Masa depan sungguh kelam
Kan lenyap peristiwa semalam
Tertutuplah hati terkunci mati
Maruah peribadi sudah hilang

Dari masa hingga masa
Petualang menghancurkan bangsa
Alatkan agama demi peribadi
Pupus kita di bumi Ilahi

Kini kita cuma tinggal kuasa
Yang akan menentukan bangsa
Bersatulah hati bersama berbakti
Pulih kembali harga diri

Kita sudah tiada masa
Bangunlah dengan gagah perkasa
Janganlah terlalai teruskan usaha
Melayukan gagah di nusantara.

 

Hayati liriknya dengan mata hati tapi harus berhati-hati jangan sampai timbul fitnah nanti, jangan sampai ada yang jadi pengacum, batu api mahupun dalang sehingga mampu merosak punahkan hubungan persahabatan  dari dua jiwa yang berbeza…Hancur jangan sampai punah!

Selamat bersidang…

 

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

15 Responses to Anak kecil main api…(?)

  1. relevan says:

    Hidup rumpun Melayu !

  2. Shafarina says:

    alamak.. lagu BTN… lariiiiiii

  3. semut api says:

    relevan,
    rumpun tu besar kan skopnya…?

    shaf,
    tegak bulu roma tuh..🙂

  4. Bijen M. says:

    Bersatu kita bersatu…
    Ke ke ke.

  5. semut api says:

    Bijen,
    jangan hunus keris…bahaya ..

  6. abgjas says:

    abgjas tau lagu ni masa orientasi form 6 dulu2…paling terkesan ialah ‘bumi dipijak milik orang’. Tak mustahil jika org kita berterusan berpecah belah..

  7. Iza_roy says:

    Orang melayu penuh dngn hasad dengki,bersihkan hati dari hasad dengki dulu baru boleh betul-betul bersatu.

  8. Semut api says:

    abg jas & iza,
    bersatu kita teguh…

  9. nora says:

    pernah nyanyi lagu ni masa jadi ahli GPMS-gabungan pelajar melayu semenanjung..lepas tu ntah mana lenyap nya persatuan tu..

  10. Bijen M. says:

    Amaran amaran…

  11. Semut api says:

    nora,
    pejabat GPMS tu ada lagi tapi pengurusan tk tau plak…

    bijen,
    alert…alert…

  12. melissa says:

    dulu kat sekolah selalu nyanyi lagu ni.😀

  13. Semut api says:

    mel,
    nyanyi dgn penuh keinsafan…

  14. sbb org kita suka nyanyi sahaja maka jadilah lagu inipun hanya utk nyanyian dan hiburan mulut semata. abih nyanyi kitapun lawan balik sesama kita. satu contoh tentang kebodohan ini adalah baru2 ini apabila penyokong 2 pasukan bola bergaduh sesama sendiri sehingga ada yg berjahit kepala. yg fans lagi satu tu pun tak habih2 tiap2 tahun masuk stadium nak gaduh, lempar mercun, lempar botol air dll. tapi kalau bangsa lain provoke senyap lak tu…

  15. Semut api says:

    ouled,

    Ouled,
    Adakah fahaman politik memecahbelahkan kita?

    ‘Kita sudah tiada masa
    Bangunlah dengan gagah perkasa
    Janganlah terlalai teruskan usaha
    Melayukan gagah di nusantara’

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s