Korea perang Melayu berpecah lagi…(?)

i
DALAM mana-mana perhubungan tidak dengan rakan-rakan, dalam persekitaran pekerjaan malah termasuk juga hubungan antara negara, soal kejujuran, keikhlasan dan kepercayaan merupakan elemen yang menjadi kayu pengukur kepada kejayaan perhubungan itu sendiri.

Jika tidak, mengapa berlaku pemusuhan, pertelagahan, dengki, sangka buruk atau kenapa perang antara dua negara yang sedarah dan berjiran seperti Korea Selatan dan Korea Utara senantiasa menggelegak setiap masa. Paling tidak pun kita pasti sangat membenci kawan yang disangka sahabat selama ini rupanya penghasut di belakang kita.

Seperti yang kita sedia maklum kedua-dua Korea ini gah dengan kecanggihan teknologi perang dan bukan sembarangan perang sebagaimana perang Amerika dengan Afghanistan…secara moralnya Amerika telah tewas!

.

 

ii
Datuk Zaid Ibrahim mendedahkan bahawa beliau akan menubuhkan ‘Keadilan Baru’ ekoran pertelagahannya dengan ketua umum Datuk Seri Anwar Ibrahim dan naib presiden Azmin Ali. Zaid berkata beliau tidak akan bersara daripada parti politik kerana matlamatnya adalah untuk mencari transformasi politik jangka panjang. Apa yang dihadapinya sekarang bukanlah sesuatu yang baru baginya. “kerana saya mempunyai agenda politik jangka panjang”.

Maka bersedialah, Melayu akan berpecah belah lagi…

.

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

6 Responses to Korea perang Melayu berpecah lagi…(?)

  1. Masy says:

    masing-masing ada agenda sendiri, takkan tak ada satu agenda pun yg mampu menyatukan fikiran mereka semua?

    hmmmm~

  2. cerpelai says:

    Dulu lagi gua ada bunyikan; melayu kami melayu yang suka cembung dada dengan lawan sepukul, mencatuk kepala bila ada orang datang tabur dedak..

    Gaduhlah lagi sampai pengsan.. Untung-untung boleh jadi video lawak dalam CNN, BBC atau America’s Funniest Home Videos..

  3. Semut api says:

    masy,
    apabila ego menguasai fikiran..

    cerpelai,
    teringat gua sajak Usman Awang pasal melayu nih.. ‘ Melayu itu berani jika bersalah, Kecut takut kerana benar, Janji simpan di perut, Selalu pecah di mulut, Biar mati adat, Jangan mati anak’

    🙂

  4. nita says:

    x de cita2 ke cam Datuk Zaid Ibrahim tu????

  5. Iris says:

    Saya suka ambil tahu tentang isu ini. Dan sangat suka sajak Melayu-Usman Awang tersebut.

  6. Semut api says:

    nita,
    gua x sama taraf dgn dia, begitu juga sebaliknya…

    iris,
    ‘takkan hilang melayu di dunia’

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s