Isteri kepada Perdana Menteri Malaysia…(?)

i

Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor berlepas ke Arab Saudi untuk lawatan selama tiga hari. Di Arab Saudi, beliau dijadual menyampaikan ucaptama pada Persidangan Antarabangsa Pertama mengenai Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM) Dalam Pendidikan Ke-12 di Riyadh. Rosmah juga akan menyaksikan pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) antara Akademi Permata Insan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Saudi Arabian Islamic Foundation for Giftedness and Creativity (Mawhiba).

.

ii
Datin Seri Rosmah Mansor, isteri kepada Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak, tiba di Oman untuk melakukan lawatan empat hari. Rosmah melawat Oman sebagai tetamu kerajaan negara ini, status yang akhir sekali diberikan kepada kenamaan Malaysia dua dekad lalu bila Yang di-Pertuan Agong, ketika itu Sultan Azlan Shah, melawat Oman pada 1991. Rosmah disambut mesra oleh anggota masyarakat Malaysia di Oman bila beliau tiba di hotel di mana beliau akan menginap sepanjang lawatannya ke negara Teluk ini yang terletak di bahagian tenggara Semenanjung Arab.

Gua tak mau komen apa-apa selagi Menteri Pelajaran merangkap Menteri Luar belum balik lagi ke tanahair.

.

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

9 Responses to Isteri kepada Perdana Menteri Malaysia…(?)

  1. ayah says:

    Apa stategi ko nak guna mal…???
    Pasang sepanduk kat KLIA jom…???

  2. Aku says:

    Dalam maksud bro…😉

  3. Semut api says:

    ayah,
    sepanduk tulis ‘segera rombak kabinet’ 🙂

    Aku,
    tak dalam sangat … sekali pikir je…

  4. PnC says:

    hahahahahahahahahha….

    gwa nak gelakjaaa

  5. Semut api says:

    PnC,
    gelak ada makna..

  6. d'azali says:

    samelah.xnk komen ape2.
    eh… cube tgok sane! kucing bertandukla…..

  7. Semut api says:

    d’azali,
    setakat naik tanduk tak apa…jgn sampai naik tocang..

  8. cerpelai says:

    Member gua tanya, kenapa dulu tutup litup? Kenapa lepas jadi first lady, terus dedah-dedah dan kenapa laki dia tutup mulut?

    Soarng lagi member gua jawab, sebab dia first lady.. bukan dutch lady…

  9. Semut api says:

    cerpelai,
    hahaha….gua nak cari fairlady latest model…🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s