Wanita Malaysia semakin ganas…(?)

i
Seorang peragut yang kelam-kabut melarikan diri sejurus meragut beg tangan seorang wanita, terbunuh manakala rakannya parah selepas motosikal dinaiki merempuh kereta mangsa yang ketika itu nekad mengejar penjenayah terbabit.

Akibatnya, kedua-dua lelaki terbabit terpelanting ke longkang menyebabkan seorang daripada mereka maut di tempat kejadian selepas kerandut zakarnya pecah! Manakala rakannya dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Ampang.

ii
Akibat tidak berpuas hati dengan tindakan bekas majikan memecatnya, seorang wanita mengamuk dan menyerang majikannya itu di sebuah pusat rawatan kecantikan. Menurut sumber polis, mangsa, seorang wanita berusia 30-an ditarik rambut selain turut ditendang tanpa belas kasihan di perut.

iii
Sikap cemburu buta dan panas baran melampau seorang isteri menyebabkan dia hilang pertimbangan sehingga sanggup menetak suaminya dengan pisau menyebabkan lelaki itu terpaksa menerima 15 jahitan di tangan kiri selepas berlaku perselisihan faham.

Dalam kejadian itu, mangsa bersama isterinya yang juga seorang jururawat sedang menonton televisyen di ruang tamu sebelum isterinya tiba-tiba mengamuk dan menyerangnya dengan pisau.

iv
Seorang gadis berusia 15 tahun bukan saja cedera pada seluruh tubuh selepas dipukul di khalayak ramai sebaliknya mata kirinya juga dikhuatiri buta selepas terkena kasut bertumit tinggi hasil ‘tendangan terbang’ seorang pramugari yang juga ibu kandungnya.

Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, pramugari berusia lewat 30-an itu dilaporkan hilang pertimbangan selepas terserempak dengan anak perempuannya yang berkeliaran di kawasan berkenaan sebelum bertindak memarahinya. Tindakan pramugari itu menyebabkan anak gadisnya tidak berpuas hati sebelum dua beranak itu bertengkar.

.

Aku kadang-kadang hairan jugak dengan cara sesetengah kaum Hawa ni (kecuali dalam kes pertama) yang kadang-kadang di lihat tidak masuk akal hingga hilang pertimbangan sebegitu sekali. Adakah tindak tanduknya kerana tekanan atau mungkin perempuan juga punya ego yang tinggi. Jenuh jugak nak mikir…makanya zaman ini, terlalu bias kalau lelaki sahaja sering dikaitkan dengan ego. Apakah perempuan tidak perlu dilabel sebegitu?

Kita perlu malu tapi biar bertempat. Kita perlu marah tapi bukan membaran.  Kita perlu bersedih tapi jangan sampai pasif. Dan juga kita perlukan ego tapi bukan sampai ketahap keras kepala pada tahap skala melampau atau terover!

.

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

9 Responses to Wanita Malaysia semakin ganas…(?)

  1. ayah says:

    Kira jangan terlalu GABAN la klu marah tu….??
    Sebab tu tangan depa ni bulih mengoncang dunia dan isi2 nyer juga,….

  2. Bijen M. says:

    Perempuan sekarang dah hilang rasa malu.
    Sebab lelaki sekarang tak nak pergi solat berjemaah.
    Gua yang salah.

  3. Semut api says:

    ayah & bijen,
    kalau perempuan mendambakan lelaki yang baik..begitu juga sebaliknya orang lelaki..
    so sama-sama jangan mengganasss…

  4. Masy says:

    aaaa……. tatau nk komen ape.

  5. Semut api says:

    masy,
    tak perlu komen..just baca & faham..

  6. norsha says:

    entahlah, susah nak cakap……kalau kita baik, lelaki ambik kesempatan, bila kita
    bersikap keras dan tegas, mereka kata kita ego……balik2 perempuan juga dipersalahkan

  7. Semut api says:

    norsha,
    tidak bias kepada mana2 gender tapi perkembngan ini agak memeranjatkan & membimbangkan…

  8. emmy says:

    salamm.. rusuk kiri memerlukan rusuk kanan bagi saling melengkapi.
    solehahnya seorang perempuan/gadis atas ajaran kedua dua ibu bapa
    solehahnya wanita pandanglah suaminya
    *manusiaitutidaksempurna,begitujugaperempuandanwanita*

    ‘dahulukan Agama dalam segala perbuatan, insyaAllah diri dan keluarga sentiasa dalam lindungan tuhan’ wallahualam.

  9. Semut api says:

    emmy
    nasihat yg baik…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s