Saman trafik & Ah Long; Bersamaankah…(?)

 

i

Kerajaan mengumumkan penyelarasan kadar kompaun dan penyusunan semula kategori kesalahan lalu lintas yang berkuatkuasa 1 Mac ini mengikut prinsip “lebih lambat membayar, lebih tinggi kadar kompaun”.

Sistem baru juga akan mengenakan kompaun berganda kepada pesalah trafik yang melakukan kesalahan berulang dalam tempoh dua bulan dari tarikh kesalahan pertama dilakukan. Walaubagaimanapun korang semua masih boleh dapat lebih banyak pengurangan kadar kompaun sekiranya korang melunaskan bayaran lebih cepat iaitu dalam tempoh 15 hari pertama, 15 hari kedua dan 30 hari berikutnya kecuali bagi kesalahan serius dalam kategori pertama.

Saman lalu lintas yang tidak dibayar selepas hari ke-60 ia dikeluarkan akan terus didaftarkan sebagai kes di mahkamah dan tidak ada kompaun dikenakan sebaliknya hukuman akan dijatuhkan oleh mahkamah mengikut akta berkenaan. Sendiri bikin, sendiri tanggung…

Sebagai seorang warga yang bertanggunjawab aku dah setel saman lebih kurang 2 minggu lepas di Bukit Aman bukan last minit!  So selepas ini selaras dengan kadar baru saman trafik, semua rakyat 1Malaysia di harapkan dapat menyumbang kepada kadar penurunan kemalangan… LOL.

 

tolong menolong amalan kita...

ii
Ah Long atau lebih di kenali sbg ceti haram masih lagi berleluasa. Kegiatannya agak sukar di bendung kerana adanya permintaan. Kebanyakan peminjam terdiri daripada peniaga kecil, kaki judi dan juga mereka yg terdesak. Setiap pinjaman dikenakan bunga yang tinggi dan peminjam pula dikehendaki membayar semula secara harian ataupun dalam tempoh tertentu secara singkat… “lebih lambat membayar, lebih tinggi kadar bunga”

Daripada keuntungan bisnes pinjaman wang inilah para Ah Long akan mempelbagaikan rangkaian bisnes haram mereka. Begitulah cara mereka berkembang. Dari kecil-kecilan, mereka mampu menjadi organisasi yang besar!

Apa pun hakikatnya ah long bakal bertindak di luar dugaan sekiranya peminjam gagal melunaskan hutang mereka. Biasa kita dengar kes rumah dan kereta peminjam dibaling cat berwarna hijau atau merah. Tidak cukup itu, gambar peminjam ditampal di tiang elektrik bertujuan menjatuhkan maruah malah ada yang bertindak lebih ganas mencedera & membunuh!

…dan yang terkini Ah Long wanita juga bergiat aktif  dan sama ganas macam ah long lelaki, maka memang benarlah dakwaan wanita Malaysia semakin ganasss…

Sebagai seorang warga yang tidak kaya dan juga tidaklah miskin aku setel semua hutang kenderaan, rumah dan segala macam bil seawal yang boleh bukan last minit!  So selepas ini bayarlah segala macam hutang korang semoga rakyat 1Malaysia dapat menyumbang kepada kadar penurunan peminjam tegar Ah Long dan jenayah lain…LOL.

.

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

7 Responses to Saman trafik & Ah Long; Bersamaankah…(?)

  1. ayah says:

    Aku memang sengaja tak bayar lagi 2/4 saman tertungak aku….cuma selesaikan saman yg melibatkan BL@BlackList jer…
    Masih lagi menaruh harapan yg GOMEN akan tunduk dengan permintaan dan gesaan NGO-KASE (Kempen Anti Saman Ekor)…
    Aku nak semak status saman tu pun tak leh skrg melalui myeg..Line masih busy lagi…
    Naik kler saman aku tu dari saman biasa menjadi BL….??

  2. Semut api says:

    mun,
    balik sg besar bawah gerai mentarang banyak speed trap… awass ! 🙂

  3. nora says:

    lama dah tak menjenguk semut api..hehe..ha ah baby dah makin ‘besar’..lenguh dukung dah..hee

    ni ada saman tak bayar lagi..hubby relax buat donow je..

  4. Semut api says:

    nora,
    bayar le… nanti cikgu tak dapat gaji…susah…😉

  5. norsha says:

    sapa-sapa yg memandai nk pinjam ah long tu, nak tempah lubang kuburlh jawabnya…diaorang bukan ada hati perutpun…jangan pinjam dekat ah long, pi pinjam kat kak long atau abang long, selamat sikit…

  6. Semut api says:

    norsha,
    kalau abang long pun ah long…susah juga…🙂

  7. mdshaari says:

    aku jugak alhamdulillah dah dua tahun takda saman ekor. kalau ada pening kepala la jawabnya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s