Tiada ‘kepemimpinan moral’ …(?)

Save the Rohingyas demonstration staged in Surabaya

.

Pemimpin demokrasi Myanmar, Aung San Suu Kyi enggan bersuara mengenai penderitaan yang dialami oleh anggota Rohingya beragama Islam di barat negara ini.

Sebaliknya, Suu Kyi menegaskan beliau tidak akan menggunakan ‘kepemimpinan moral’ untuk menyokong mana-mana pihak dalam konflik agama dan etnik di Rakhine.

Penerima Anugerah Nobel Keamanan tersebut berkata, puak Rakhine beragama Buddha dan puak Rohingya Islam masing-masing ‘kecewa’ dengan tindakannya yang tidak memihak kepada mana-mana puak yang bertelagah itu.

“Saya menggesa semua pihak mengamalkan toleransi dan saya tidak rasa seseorang perlu menggunakan kepemimpinan moral mereka bagi mempromosi satu agenda tanpa melihat sumber masalah itu,” katanya kepada saluran televisyen BBC semalam.

Suu Kyi yang mengeluarkan kenyataan tersebut selepas bertemu Presiden Suruhanjaya Eropah, Jose Manuel Barroso di sini berkata, beliau juga tidak boleh bersuara bagi pihak etnik Rohingya.

“Saya tahu orang ramai mahu saya memilih satu daripada etnik berkenaan, yang boleh menyebabkan kedua-dua pihak terbabit tidak menyukainya kerana saya enggan menyokong mereka,” katanya.

Pemimpin demokrasi itu yang kini merupakan Ahli Parlimen selepas perubahan dramatik kerajaan pada tahun lalu berkata, satu peruntukan undang-undang perlu dilaksanakan terlebih dahulu sebelum melihat masalah lain.

“Penyelesaian konflik itu tidak akan dicapai sekiranya mereka terus membunuh antara satu sama lain dan membakar rumah,” katanya.

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s