Oowh…(?)

 

Ooo bama…

Ooo sama…

Ooo mega…

Ooo my God…

Oowh…(?)

.

Advertisements
Posted in Uncategorized | 4 Comments

Harga telur akan naik…(?)


Sebuah kedai di wilayah Zhejiang , timur China menjual telur yang direbus dengan air kencing budak sekolah dan ia merupakan resipi tradisonal berusia ribuan tahun.

mari kencingkan telur...

periksa kualiti...

merebus....

sedia untuk ditelan...ada bran?

 

Chef makanan tradisonal, Lu Ming berkata, dia mahu mempromosikan semula makanan tradisional itu sehingga ke peringkat antarabangsa. 

“Air kencing tersebut dikumpul daripada pelajar sekolah lelaki yang berumur 10 tahun, mereka kencing di dalam sebuah tong dan kami mengambil air itu pada setiap hari. 

“Telur-telur itu akan direbus dalam air kencing tersebut dengan kulitnya sekali” katanya. 

Menurutnya, telur tersebut berasa sedap dan berkhasiat untuk menyembuhkan demam selain meningkatkan konsentrasi serta menghilang rasa mengantuk . Sekian..

.

Posted in Uncategorized | 6 Comments

Melucah di Utusan…(?)

 

.

.

…dengan slogan/tagline ‘Pemangkin Peracun Fikiran Rakyat’… apakah motif sebenarnya?

.

Posted in Uncategorized | 2 Comments

Nazri memang suka buat lawak…(?)

.

Sebelum ni Nazri cakap trio Datuk ‘T’ akan dilindungi di bawah Akta Pemberi Maklumat sekiranya pihak berkuasa mendapati ada kes.

Semalam di dewan Rakyat yg mulia Nazri cakap “Apabila seseorang itu telah memaklumkan atau menzahirkan kepada awam bahawa dialah yang telah memberikan maklumat itu, maka akta itu tidak boleh dipakai lagi ke atasnya,”

“Sesiapa sahaja yang pergi kepada akhbar atau menzahirkan kepada akhbar tentang maklumat, maka tidak boleh dilindungi. Maka apa yang saya katakan sebagai ‘kemungkinan’ sebelum ini, tidak lagi boleh dipakai,” itu Nazri cakap.

Sebenarnya Datuk Seri banyak lagi yang tak boleh pakai.. Name Wee pun tak boleh pakai la Datuk. Ntah kenapa gua rasa terkesan sangat dalam hati bila budak yang suka pakai serkup kepala tu jumpa Datuk di Parlimen satu hari dulu…siap minta peruntukkan nak buat filem bagai…sedih ada nak gelak pun ada..lu memang suka buat lawak lah…

Semalam website yg ala2 pro pembangkang mahupun yang totally pro pembnagkang hentam habis Datuk Seri pasal immuniti yg Datuk nak bagi pada Trio T tuh…..kesian Datuk.

.

Posted in Uncategorized | 2 Comments

Melucah di Carcosa…(?)

.

Fakta sejarah Carcosa Seri Negara…

  • Dibina pada tahun 1896
  • Hanya menyediakan 13 suite kepada pengunjung mereka
  • Suite mewah Seri Ehsan yang berharga RM3,500 bagi penginapan satu malam
  • Bilik eksekutif itu sebenarnya pernah didiami oleh Pemerintah Britain, Ratu Elizabeth II ketika kunjungannya ke Kuala Lumpur pada tahun 1998
  • Nelson Mandela juga lebih selesa memilih Carcosa Seri Negara sebagai tempat penginapannya
  • Menjadi kediaman Pesuruhjaya British antara tahun 1904 hingga 1941
  • Pernah dijadikan sebagai pejabat Ketua Pegawai Tentera Jepun
  • Pada tahun 1987 kediaman itu diambil alih sepenuhnya oleh pihak kerajaan. Kini, ia beroperasi sebagai sebuah hotel eksklusif dan lokasi pelbagai acara
  • Satu tayangan video seks dipertontonkan kepada wakil media pada 21Mac yang lalu

Sekian, terima kasih…

Posted in Uncategorized | 11 Comments

Hidup harus terus…(?)

Penjara kadang-kadang bukan berbentuk jeriji besi yang kasar, keras dengan dentuman pintu yang menggerunkan. Tapi boleh juga berbentuk rutin harian yang mengekang kebebasan. Atas nama tuntutan rutin, kita tidak sempat mengerjakan apa yang kita pernah angankan. Kita mula terasing di tengah keramaian dan terkungkung diantara aktiviti yang padat.. akhirnya setiap hari kita hanya lelah…

.

Posted in Uncategorized | 6 Comments

Saman trafik & Ah Long; Bersamaankah…(?)

 

i

Kerajaan mengumumkan penyelarasan kadar kompaun dan penyusunan semula kategori kesalahan lalu lintas yang berkuatkuasa 1 Mac ini mengikut prinsip “lebih lambat membayar, lebih tinggi kadar kompaun”.

Sistem baru juga akan mengenakan kompaun berganda kepada pesalah trafik yang melakukan kesalahan berulang dalam tempoh dua bulan dari tarikh kesalahan pertama dilakukan. Walaubagaimanapun korang semua masih boleh dapat lebih banyak pengurangan kadar kompaun sekiranya korang melunaskan bayaran lebih cepat iaitu dalam tempoh 15 hari pertama, 15 hari kedua dan 30 hari berikutnya kecuali bagi kesalahan serius dalam kategori pertama.

Saman lalu lintas yang tidak dibayar selepas hari ke-60 ia dikeluarkan akan terus didaftarkan sebagai kes di mahkamah dan tidak ada kompaun dikenakan sebaliknya hukuman akan dijatuhkan oleh mahkamah mengikut akta berkenaan. Sendiri bikin, sendiri tanggung…

Sebagai seorang warga yang bertanggunjawab aku dah setel saman lebih kurang 2 minggu lepas di Bukit Aman bukan last minit!  So selepas ini selaras dengan kadar baru saman trafik, semua rakyat 1Malaysia di harapkan dapat menyumbang kepada kadar penurunan kemalangan… LOL.

 

tolong menolong amalan kita...

ii
Ah Long atau lebih di kenali sbg ceti haram masih lagi berleluasa. Kegiatannya agak sukar di bendung kerana adanya permintaan. Kebanyakan peminjam terdiri daripada peniaga kecil, kaki judi dan juga mereka yg terdesak. Setiap pinjaman dikenakan bunga yang tinggi dan peminjam pula dikehendaki membayar semula secara harian ataupun dalam tempoh tertentu secara singkat… “lebih lambat membayar, lebih tinggi kadar bunga”

Daripada keuntungan bisnes pinjaman wang inilah para Ah Long akan mempelbagaikan rangkaian bisnes haram mereka. Begitulah cara mereka berkembang. Dari kecil-kecilan, mereka mampu menjadi organisasi yang besar!

Apa pun hakikatnya ah long bakal bertindak di luar dugaan sekiranya peminjam gagal melunaskan hutang mereka. Biasa kita dengar kes rumah dan kereta peminjam dibaling cat berwarna hijau atau merah. Tidak cukup itu, gambar peminjam ditampal di tiang elektrik bertujuan menjatuhkan maruah malah ada yang bertindak lebih ganas mencedera & membunuh!

…dan yang terkini Ah Long wanita juga bergiat aktif  dan sama ganas macam ah long lelaki, maka memang benarlah dakwaan wanita Malaysia semakin ganasss…

Sebagai seorang warga yang tidak kaya dan juga tidaklah miskin aku setel semua hutang kenderaan, rumah dan segala macam bil seawal yang boleh bukan last minit!  So selepas ini bayarlah segala macam hutang korang semoga rakyat 1Malaysia dapat menyumbang kepada kadar penurunan peminjam tegar Ah Long dan jenayah lain…LOL.

.

Posted in Uncategorized | 7 Comments

Wanita Malaysia semakin ganas…(?)

i
Seorang peragut yang kelam-kabut melarikan diri sejurus meragut beg tangan seorang wanita, terbunuh manakala rakannya parah selepas motosikal dinaiki merempuh kereta mangsa yang ketika itu nekad mengejar penjenayah terbabit.

Akibatnya, kedua-dua lelaki terbabit terpelanting ke longkang menyebabkan seorang daripada mereka maut di tempat kejadian selepas kerandut zakarnya pecah! Manakala rakannya dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Ampang.

ii
Akibat tidak berpuas hati dengan tindakan bekas majikan memecatnya, seorang wanita mengamuk dan menyerang majikannya itu di sebuah pusat rawatan kecantikan. Menurut sumber polis, mangsa, seorang wanita berusia 30-an ditarik rambut selain turut ditendang tanpa belas kasihan di perut.

iii
Sikap cemburu buta dan panas baran melampau seorang isteri menyebabkan dia hilang pertimbangan sehingga sanggup menetak suaminya dengan pisau menyebabkan lelaki itu terpaksa menerima 15 jahitan di tangan kiri selepas berlaku perselisihan faham.

Dalam kejadian itu, mangsa bersama isterinya yang juga seorang jururawat sedang menonton televisyen di ruang tamu sebelum isterinya tiba-tiba mengamuk dan menyerangnya dengan pisau.

iv
Seorang gadis berusia 15 tahun bukan saja cedera pada seluruh tubuh selepas dipukul di khalayak ramai sebaliknya mata kirinya juga dikhuatiri buta selepas terkena kasut bertumit tinggi hasil ‘tendangan terbang’ seorang pramugari yang juga ibu kandungnya.

Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, pramugari berusia lewat 30-an itu dilaporkan hilang pertimbangan selepas terserempak dengan anak perempuannya yang berkeliaran di kawasan berkenaan sebelum bertindak memarahinya. Tindakan pramugari itu menyebabkan anak gadisnya tidak berpuas hati sebelum dua beranak itu bertengkar.

.

Aku kadang-kadang hairan jugak dengan cara sesetengah kaum Hawa ni (kecuali dalam kes pertama) yang kadang-kadang di lihat tidak masuk akal hingga hilang pertimbangan sebegitu sekali. Adakah tindak tanduknya kerana tekanan atau mungkin perempuan juga punya ego yang tinggi. Jenuh jugak nak mikir…makanya zaman ini, terlalu bias kalau lelaki sahaja sering dikaitkan dengan ego. Apakah perempuan tidak perlu dilabel sebegitu?

Kita perlu malu tapi biar bertempat. Kita perlu marah tapi bukan membaran.  Kita perlu bersedih tapi jangan sampai pasif. Dan juga kita perlukan ego tapi bukan sampai ketahap keras kepala pada tahap skala melampau atau terover!

.

Posted in Uncategorized | 9 Comments

Interlok; Antara persepsi dan realiti…(?)

i
Empat cedera parah termasuk seorang ditembak dalam pergaduhan bersenjata membabitkan dua kumpulan gangster di Jalan Datuk Manan, Kapar. Dalam pergaduhan melibatkan lebih 20 lelaki berusia 20 hingga 35 tahun yang dipercayai kerana dendam itu, dua buah kereta Proton Waja dan Proton Perdana milik anggota kedua-dua kumpulan terbabit musnah terbakar.

Polis yang tiba di tempat kejadian menemui senjata tajam seperti parang dan besi dipercayai digunakan semasa pergaduhan. Ketua Polis Daerah Klang Utara, Supritendan Mohamad Shukor Sulong berkata, semasa anggotanya tiba di lokasi pergaduhan, empat lelaki yang cedera parah bergelimpangan terbaring di atas jalan raya.

 

.

 

ii
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, lebih malang lagi orang Melayu tidak mampu mempertahankan diri sendiri kerana lebih banyak mengalah dan mengundur diri kononnya dengan cara itu mudah untuk mendapatkan keamanan. Malah katanya, sehingga pada satu tahap mereka tidak lagi boleh mengatakan bahawa negara ini adalah tanah air bagi orang Melayu.

“Kita selalunya malu alah kepada bangsa lain dan tidak berani menyebut perkara yang benar dan ini merugikan kerana kita tidak berniat untuk merampas hak mereka. Jika kita terus berpegang kepada nilai ini, maka kedudukan kita akan terhakis,” katanya.

‘Orang punya daraa…dia sudah minum! ‘ – feel good channel.

 

.

Posted in Uncategorized | 2 Comments

Nothing Impossible…(?)

.

Semuanya mungkin boleh terjadi, biar sesukar manapun yang penting harus mencuba, tapi sebelumnya perlu di ingat bahawa mensyukuri semuah rahmat yang telah kita terima selama hidup ini adalah lebih penting. Apa saja menjadi tidak mustahil dalam dunia ini selain makan kepala sendiri…

.

 

Posted in Uncategorized | 8 Comments

Apa khabar kita…(?)

‘Assalamualaikum…Selamat pagi, apa khabar? Harap awak sihat’ 

…sambil tersenyum, setulus ikhlas. Sehingga kadang-kadang kita lupa perkhabaran diri kita sendiri sepanjang hidup di atas muka bumi ini dari saat dilahirkan hingga ke saat dan ketika ini…

.

Posted in Uncategorized | 4 Comments

Beli Sambil beramal…(?)

Memenuhi permintaan seorang rakan blogger dan juga seorang penulis yang hebat…membeli sambil beramal katanya… Elee Mardiana.

KARNIVAL KARANGKRAF
MARI!
Mari kawan-kawan semua ke KARNIVAL KARANGKRAF, yang bertempat di KOMPLEKS KUMPULAN MEDIA KARANGKRAF, Lot 2, Jalan Sepana 15/3, Seksyen 15 Shah Alam pada 28 – 30 Januari 2011, di antara jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang!

Dapatkan novel-novel saya secara diskaun di sana. Sambil membeli, sambil beramal. Dan kawan-kawan, anda juga boleh bertemu dengan novelis kesayangan kawan-kawan seperti Dr. HM Tuah Iskandar, Ramlee Awang Murshid, Meen Zulaikha, Norzailina Nordin, Aisya Sofea, Iris Ixora dan ramai lagi.

Yang paling best, diskaun 30% – 50% menanti kawan-kawan di sana. Apa lagi? JOM SERBU!!!

Dipersilakan baca entri di bawah untuk cerita sepenuhnya.
Khamis, Januari 20, 2011Mari Beramal Dengan Saya.

 
Penderitaan adik Mohd. Shah dan adik Mohd. Hairuman membuatkan saya tak dapat melelapkan mata sehingga kini. Saya sedih, saya menangis dan batin saya menjerit marah. Tetapi apa yang saya rasa, tidak mungkin dapat menyamai penderitaan yang dialami oleh kedua-dua orang adik ini.

Adik Mohd. Shah

Adik Hairuman

Oleh sebab itulah, saya mengambil keputusan untuk menderma seluruh royalti daripada 4 buah novel di bawah kepada adik-adik ini. Dan sumbangan ini berpanjangan. Maksud saya, selagi novel-novel ini dibeli orang, selagi itulah mereka akan menerima royalti tersebut. Ini sajalah yang boleh saya lakukan untuk membantu mereka.

Untuk merealisasikan niat ini, saya memerlukan bantuan kawan-kawan. Saya berharap kawan-kawan yang masih belum mendapatkan novel saya, sudi-sudikanlah membeli novel-novel di bawah untuk turut beramal bersama saya. Anda akan dapat novel-novel tersebut di samping beramal. Atau bagi yang tidak menggemari tulisan saya, boleh sedekahkan novel-novel yang anda beli kepada rumah anak-anak yatim atau sekolah-sekolah yang serba kekurangan. Buat pengetahuan, royalti itu akan terus diserahkan kepada kedua-dua orang adik ini oleh penerbit saya, Karangkraf. Jadi, anda tidak perlu risau duit derma anda tidak akan sampai ke tangan mereka.

Jadi, apa kata kawan-kawan semua? Sudi ikut saya beramal untuk meringankan penderitaan adik-adik ini? Minta jasa baik kawan-kawan untuk mengajak kawan-kawan anda yang lain ke blog ini dan beramal. Sumbangan yang akan diberikan, akan dibuat atas nama semua yang sudi mendapatkan novel-novel saya dan juga yang membantu mempromosikan niat saya ini. Ini sajalah yang dapat saya lakukan untuk membalas jasa kalian. Moga ALLAH memberi keberkatan berpanjangan kepada mereka terlibat. Amin.

Terima kasih, sayang-sayang semua. Moga usaha kita ini akan diberkati ALLAH hendaknya. Amin.

Novel-novel tersebut adalah:

Galaktika: Azamaris Muncul Kembali

Galaktika: Bertarung Dengan Akraba

Cinta Seorang Kekasih

Izad Menjejak Buku Sakti

.

 

Posted in Uncategorized | 2 Comments

Isteri kepada Perdana Menteri Malaysia…(?)

i

Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor berlepas ke Arab Saudi untuk lawatan selama tiga hari. Di Arab Saudi, beliau dijadual menyampaikan ucaptama pada Persidangan Antarabangsa Pertama mengenai Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM) Dalam Pendidikan Ke-12 di Riyadh. Rosmah juga akan menyaksikan pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) antara Akademi Permata Insan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Saudi Arabian Islamic Foundation for Giftedness and Creativity (Mawhiba).

.

ii
Datin Seri Rosmah Mansor, isteri kepada Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak, tiba di Oman untuk melakukan lawatan empat hari. Rosmah melawat Oman sebagai tetamu kerajaan negara ini, status yang akhir sekali diberikan kepada kenamaan Malaysia dua dekad lalu bila Yang di-Pertuan Agong, ketika itu Sultan Azlan Shah, melawat Oman pada 1991. Rosmah disambut mesra oleh anggota masyarakat Malaysia di Oman bila beliau tiba di hotel di mana beliau akan menginap sepanjang lawatannya ke negara Teluk ini yang terletak di bahagian tenggara Semenanjung Arab.

Gua tak mau komen apa-apa selagi Menteri Pelajaran merangkap Menteri Luar belum balik lagi ke tanahair.

.

Posted in Uncategorized | 9 Comments

Ada apa dengan tahun 2011…(?)

 

Ucapan yang sangat kelise menjelangnya tahun baru…Selamat Tahun Baru semua…
Proses belajar mutlak memerlukan kesalahan. Kesalahan bukanlah kegagalan, melainkan satu feedback yang akan membuat kita makin kuat, makin hebat, dan makin sukses.

Tidak ketinggalan juga disertai dengan ucapan ‘Selamat menerima hadiah kenaikan harga baru bagi barangan keperluan harian sebagai hadiah tahun baru’ . Sekali lagi sebagai menyahut seruan PM satu ketika dulu rakyat 1Malaysia perlu ubah gaya hidup semula menjelang tahun 2011.

.

Posted in Uncategorized | 5 Comments

Bocor sana sini…(?)

Bukan satu atau dua, tetapi di laporkan sejumlah berpuluh-puluh ribu dokumen sulit diplomatik AS didedahkan oleh laman web berkenaan sehingga menimbulkan ketegangan di antara Washington dan sekutu-sekutunya. Jerat sudah makan tuan! kepada penganut dan pengamal demokrasi seperti AS apabila pekung yang membusung selama ini yang menjadi rahsia kebusukan dasar politiknya didedahkan oleh Wikileaks.

.

Wikileaks turut membocorkan banyak komunikasi sulit di antara AS dan pemerintah umat Islam yang membuktikan lagi pengkhianatan mereka selama ini ke atas umat Islam yang sudah pun diketahui umum…

  • komunikasi AS dengan Raja Abdullah dari Arab Saudi yang menggesa AS menyerang Iran.
  • Presiden Pakistan Zardari yang menyokong serangan AS ke atas Pakistan.
  • Presiden Yemen, Ali Abdullah Saleh bersetuju dengan operasi militer AS di Yemen.
  • Pemimpin politik Malaysia juga turut terkena tempias Perdana Menteri Malaysia sendiri telah dikatakan terlibat dengan pembunuhan wanita Mongolia.
  • ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim juga turut dipalitkan dengan pendedahan Wikileaks berkenaan kes liwatnya.

Kebenaran yang sebenar-benarnya hanya…Only God Knows…

.

 

Posted in Uncategorized | 3 Comments