‘selak dedah londeh’ kangkang

selak.
Zahrain Mohamed Hashim menyelak apa yang berlaku dalam PKR termasuk berkaitan pembentukan kerajaan pakatan DAP-Pas-PKR bersama wakil rakyat yang sedia melompat parti secara beramai-ramai bagi memenuhi impian Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-6. Bukan sekadar yang di dalam PKR ‘panas pungkoq’ tetapi yang di luar juga terasa bahangnya apabila nama mereka dikaitkan.

dedah.
Komen tuan guru Nik Abdul Aziz terhadap Zahrain ‘‘Orang MCA, MIC berpecah pun tidak membuka rahsia parti mereka tetapi orang Melayu bila berpolitik tidak ada integriti langsung. Kita suka dan bangga dapat buka rahsia, dah namanya rahsia kenapa kita buka? Tak ingat dosa pahalakah? ”

Sesuatu yang perlu gua hargai ialah kenyataan tok guru mengenai ahli politik Melayu yang tidak berakhlak kerana sanggup membuka rahsia parti yang pernah disertainya.

Memang betul apabila orang Melayu berpolitik bergaduh, ‘rupa’ mereka memang buruk, segala macam sumpah seranah dihambur lebih-lebih lagi ketika berceramah di pentas politik.

 

londeh.
‘londeh’ itu ini sudah menjadi lumrah . Apa yang penting, mereka yang mendengar ceramah itu seronok dengan maki hamun dan dapat bertepuk gembira. Itulah realiti politik bagi sesetengah orang Melayu dalam sesetengah parti politik (tidak semua) di negera satu Malaysia gua… Benarlah, orang Melayu kalau bergaduh sanggup membuka pekung di dada!

kangkang.
”Saya juga tidak merasakan telah melakukan kesilapan kerana gambar itu adalah ekspresi fantasi sendiri. Saya meluahkan apa sahaja yang berada di fikiran mengikut konsep yang diminta. Sebagai artis juga, saya pastikan persembahan saya mencapai piawaian dan kepuasan tersendiri. Tak sangka pula ada pihak yang sanggup eksploitasi gambar itu,”

Komen Betty Ibtisam Abu Bakar Banafe menggayakan pose yang sama dengan Neytiri, salah satu watak dalam filem Avatar. Sebab itu, kelihatan dalam gambar berkenaan beberapa pose kurang sopan seperti menayangkan ketiak dan lurah dendam, selain beraksi terkangkang!

 

Sumber; Utusan Malaysia

This entry was posted in Uncategorized and tagged , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

15 Responses to ‘selak dedah londeh’ kangkang

  1. abgjas says:

    Hi Deanz,
    Percayalah…ramai politicians menganggap tiada dosa n pahala dlm berpolitik; ataupun masing2 yakin mempunyai matlamat yg lebih suci hingga menghalalkan apa juga cara utk mencapainya.

  2. cerpelai says:

    Memanggg…. Orang kita memang suka bergaduh…

    Bergaduh dengan saudara-mara, bergaduh dengan ahli persatuan, bergaduh dengan rakan politik, bergaduh sesama bangsa, bergaduh tunjuk kepandaian walhal pandai sikit je dari anai-anai, bergaduh bagi nampak serupa hero, blablablablaa… (tak larat nak tulis..)

    Tapi bila berdepan dengan bangsa luar, orang kita jalan menunduk… Walaupun orang luar tu berak atas kepala….

  3. semut api says:

    abg jas,
    budaya politik rimba…

    cerpelai,
    budaya hero kampung.. kita perlu banyak berubah bro..

  4. relevan says:

    Selak dedah kangkang yang bermusim..hehe! mungkin akan berlaku lagi 1 demi 1..biar ada yang bogel terus..

  5. semut api says:

    relevan,
    bogel & berlari di lobi parlimen…

    🙂

  6. noorlara says:

    aku dah jadik muak dgn gelagat politikus Malaysia, nyampah pun ada

  7. semut api says:

    noor,
    gelagat yang kadang2 macam tikus baiki labu..tambah huru hara..

  8. saya dah malas nak ikuti perkembangan politik tanah air. cukuplah itu menjadi dalaman mereka. saya sebagai pengundi cuma mahu wakil saya berkhidmat dgn baik disamping menunaikan apa yg terkandung dlm manifesto. saya tak mahu mrk jadikan masalah dalaman mrk sbg penghalang kpd pelaksanaan janji2 itu.

    Entryku kali ini

    Tenaga ditagih sepanjang hari
    Kerja bermula semenjak pagi
    Sekian lama teguh berdiri
    Akhirnya lerai tiada lagi

  9. semut api says:

    ouled,
    ok bro next pilihanraya jangan lupa bertanding..

  10. bejahnz says:

    Begitulah orang Melayu.
    ‘Jujur’ tutur katanya.
    Ha ha.

  11. semut api says:

    bejahz,
    jujur sampai selak habis nampak pungkoq..

    🙂

  12. Masy says:

    fuh entry.. panassss… hahahaah

  13. semut api says:

    masy,
    kejap je panas…pastu kena ujan sejuk la dia..

  14. nita says:

    bahasa jiwa bangsa…fikir2 kn le ye

  15. semut api says:

    nita,
    bombastik adalah salah satu teknik penulisan..
    harap maklum..

Leave a comment