Notis pindah lagi…(?)

Salam semua…

Di maklumkan bahawa blog ini tidak runtuh dan musnah oleh sebarang tragedi tetapi telah bertukar dan beralih arah ke blogspot semula atas sebab-sebab ekonomi, kekangan dan keselamatan..  🙂

http://www.semutzapi.blogspot.com

Maka oleh itu kepada rakan-rakan  blogger dan pengunjung semua harap maklum…

Sekian.

Posted in Uncategorized | 1 Comment

Tiada ‘kepemimpinan moral’ …(?)

Save the Rohingyas demonstration staged in Surabaya

.

Pemimpin demokrasi Myanmar, Aung San Suu Kyi enggan bersuara mengenai penderitaan yang dialami oleh anggota Rohingya beragama Islam di barat negara ini.

Sebaliknya, Suu Kyi menegaskan beliau tidak akan menggunakan ‘kepemimpinan moral’ untuk menyokong mana-mana pihak dalam konflik agama dan etnik di Rakhine.

Penerima Anugerah Nobel Keamanan tersebut berkata, puak Rakhine beragama Buddha dan puak Rohingya Islam masing-masing ‘kecewa’ dengan tindakannya yang tidak memihak kepada mana-mana puak yang bertelagah itu.

“Saya menggesa semua pihak mengamalkan toleransi dan saya tidak rasa seseorang perlu menggunakan kepemimpinan moral mereka bagi mempromosi satu agenda tanpa melihat sumber masalah itu,” katanya kepada saluran televisyen BBC semalam.

Suu Kyi yang mengeluarkan kenyataan tersebut selepas bertemu Presiden Suruhanjaya Eropah, Jose Manuel Barroso di sini berkata, beliau juga tidak boleh bersuara bagi pihak etnik Rohingya.

“Saya tahu orang ramai mahu saya memilih satu daripada etnik berkenaan, yang boleh menyebabkan kedua-dua pihak terbabit tidak menyukainya kerana saya enggan menyokong mereka,” katanya.

Pemimpin demokrasi itu yang kini merupakan Ahli Parlimen selepas perubahan dramatik kerajaan pada tahun lalu berkata, satu peruntukan undang-undang perlu dilaksanakan terlebih dahulu sebelum melihat masalah lain.

“Penyelesaian konflik itu tidak akan dicapai sekiranya mereka terus membunuh antara satu sama lain dan membakar rumah,” katanya.

Posted in Uncategorized | Leave a comment

Innocence of muslims…(?)

.US ambassador to Libya killed in rocket attack

Bertitik tolak dari sebuah filem yang kontroversial telah meragut nyawa dipomatik AS di Libya.

Filem berdurasi dua jam itu menghina serta melecehkan Nabi Muhammad SAW dan umat Islam. Dalam filem tersebut, Nabi Muhammad digambarkan sebagai seorang penipu. Ia juga ditampilkan sebagai seorang lelaki hidung belang yang lemah. Nabi Muhammad juga digambarkan telah menyetujui adanya pelecehan seksual terhadap anak.

Sam Bacile selaku pengarah filem bangang memilih para aktor dan aktres amatur yang seramai 59 aktor dan 45 orang kru. Filem  ini dikhabarkan dibuat pada musim panas 2011.

Filem sampah dengan bajet rendah berjudul “Innocence of Muslims” ini telah diposting di internet dan saluran satelit swasta. Film yang menampilkan seorang aktor yang memiliki iras-iras Amerika itu menggambarkan Muslim sebagai kelompok yang tidak bermoral dan mengedepankan kekerasan.

Filem ini yang menghina Nabi Nabi Muhammad menyentuh tema pedofilia dan homoseksualitas sambil menunjukkan dirinya tidur dengan wanita, berbicara tentang pembunuhan anak-anak dan menyebut keldai sebagai binatang muslim pertama. Film ini diproduksi oleh tokoh Israel-Amerika bernama Sam Bacile.

Film ini juga sedang dipromosikan oleh padri kontroversial asal Florida padri Terry Jones. Seperti diketahui, padri ini pernah melancarkan kempen membakar Al-Quran dan menentang pembangunan sebuah masjid di dekat Ground Zero di New York.

Apa reaksi kita…(?) Kita masih lagi boleh berkaraoke di majlis open house Hari Raya atas alasan kemeriahan Aidilfitri….

.

Posted in Uncategorized | 1 Comment

Salam Lebaran…

.

Aidilfitri adalah perayaan paling istimewa bagi Muslim di seluruh dunia Islam. Di sisi dunia Islam lainnya mungkin Lebaran hanya sekadar habis berpuasa, bencana perang, kemiskinan, bencana alam telah melenyapkan kemeriahan mereka menyambut Syawal.

Bagi negara kita segala-galanya meriah ; Tradisi pulang kampung untuk berkumpul dengan seluruh keluarga dan bersilaturahmi saling bermaafan.     Sudah menjadi tradisi pula kita saling kunjung mengunjung dengan teman, handai taulan dan juga jiran tetangga. Lemang, ketupat rendang, berbagai jenis juadah kuih dihidangkan kepada keluarga dan para tetamu.   Demikianlah sebahagian dari tradisi menyambut Aidilfitri masyarakat Islam di negara kita. Biar bagaimana meriah sekalipun kita perlu mensyukuri keamanan ini.

Kita manusia biasa, apa yang kita lalui pasti selalu dibuntuti oleh emosi dan nafsu. Keinginan untuk meluapkan rasa marah, cacimaki sering tidak seiring dgn ungkapan maaf di bulan Syawal ini. Kita sering tidak konsisten di antara perbuatan dengan keikhlasan.

Buat akhirnya kepada semua pengunjung dan rakan blogger, fb, forumer baik yang pernah bersua muka mahupun yg belum pernah bersua dan mungkin juga pernah terlanggar bahu tapi tidak saling mengenali, berhati-hati ketika memandu ke destinasi masing-masing kerana kepulangan kita untuk di rai bukan untuk ditangisi. Selamat Hari Raya Aidilfitri, mohon maaf lahir-batin…

Posted in Uncategorized | Tagged , | 1 Comment

Di sebalik kemenangan Chong Wei…(?)

DATUK Lee Chong Wei melangkah ke perlawanan akhir badminton pada kejohanan Sukan Olimpik di London yang berlambangkan ZION dan Dajjal Mata Satu apabila menewaskan Chen Long dari China, sekali gus membawa harapan bagi Malaysia memenangi pingat emas.


Beliau menang 21-13 dan 21-14.

Pada Sukan Olimpik 2008 di Beijing Chong Wei menang perak.

Chong Wei, pilihan utama itu, akan berdepan dengan pemenang antara Lin Dan dari China yang menewaskan  Lee Hyun Il dari Korea Selatan, pada final Ahad ini.

Walau apa pun tahniah untuk Datuk Lee yang membawa jutaan harapan rakyat 1Malaysia untuk pingat emas pada kejohanan Olimpik kali ini…

Posted in Uncategorized | Tagged , , , , , | 2 Comments

Di sebalik Tragedi Rohingya…(?)

Barat telah buta terhadap penderitaan Muslim Rohingya di Myanmar (Burma) untuk menjaga kepentingan ekonominya di negara-negara Asia, menurut seorang penganalisis politik.

Bagi kaum Muslimin, harapan bukan tertumpu pada negara-negara Barat, para penganalisis perlu menyindir Barat, kerana mereka adalah orang-orang yang paling vokal mengusung ‘Hak Asasi Manusia’ dan demokrasi.

Orang-orang Rohingya saat ini sedang berada dalam episod yang paling bengis dalam sejarah mereka, dan penderitaan mereka adalah salah satu masalah yang paling mendesak di mana sahaja di dunia ini,” tulis Ramzy Baroud, dalam artikelnya yang diterbitkan PressTV, Senin (16 / 7/2012).

https://i0.wp.com/www.sunni-news.net/upload/userfiles/images/english/8585.png

https://i0.wp.com/en.humanrights-iran.ir/images/position24/2012/7/burma6.jpg

http://1.bp.blogspot.com/-hrCWrv7S8rg/T-zTxs2QO1I/AAAAAAAAE_E/40-4IV1IotQ/s1600/Pemuda%2BMuslim%2BRohingya%2Bdibunuh.jpg

“Namun penderitaan mereka, nampaknya hadir dari keutamaan antarabangsa dan serantau,” kata Baroud. Baroud beranggapan bahawa diamnya dunia Barat atas tragedi berdarah yang menimpa Muslim Rohingya datang seiring “syarikat-syarikat Barat melompat ke Myanmar (dalam usaha) untuk mengimbangi pengaruh China atas ekonomi Myanmar,” tambah Baroud.

Sementara itu, icon demokrasi Myanmar Ang San Suu Kyi hingga kini masih diam, menutup mata dan telinga atas kekerasan terhadap Muslim yang terjadi di negaranya. Ironisnya, dia mendapat hadiah keamanan di Oslo pada saat kekejaman terhadap Muslim Rohingnya sedang berlangsung di Arakan.

Baroud juga menyindir media-media mainstream yang cenderung tenang berkaitan isu pembunuhan Muslim Rohingya oleh etnik Buddha Rakhine dan pasukan ‘keselamatan’ Burma, yang mempunyai sokongan penuh dari kerajaan Burma, mereka kelihatan tidak peduli terhadap penderitaan Muslim yang sedang berlangsung.

~dipetik; Helm Dahl

.

Posted in Uncategorized | 24 Comments

Kurang reti, rasa & visi – A. Samad Said

Salam Sejahtera,

Fuhhh…lama tak update.. bak kata sdra Cerp… perah otak lima hari, baca tak sampai lima minit…. hahaha…

wokehh…Salam Sejahtera,

Dalam kehidupan seharian kita, Sama ada sedar atau tidak kita sering tak ambik pot tentang pengalaman masa lalu. Mungkin kita lebih mengutamakan teori kehidupan yang kita pelajari selama ini tetapi kita sering melupakan pengalaman yang kita alami sendiri atau pengalaman orang lain sebagai pengajaran yg paling baik buat kita.

Belajar sendiri dari kesilapan boleh menyebabkan kita lebih menghargai sifat berhati-hati kerana kita telah merasakan betapa sakitnya jatuh, betapa lama sembuhnya luka, betapa penderitaan yang perlu di tanggung. 

.

So, kalau memang pengalaman adalah guru yang paling baik, dan boleh membuat kita menjadi lebih dewasa dan lebih mantap tentang sebuah pelajaran hidup, kenapa kita masih sering mengulangi kesilapan bodoh yang boleh menjejaskan integriti sendiri?

Sedarkah kita bahawa ia boleh menjejaskan hubungan. Kata maaf sering menyusuli sebagai pelengkap sebuah keterlanjuran. Adakah maaf aksesori paling cantik untuk menutup sebuah kecacatan, kebodohan dan kedangkalan diri sendiri?

Selamat berhujung minggu….
 
.
 
 
Posted in Uncategorized | Leave a comment

Selamat Hari Guru

 

Selamat Hari Guru kepada semua guru-guru 1Malaysia. Tak kiralah Guru Tadika ke, guru kelas memasak ke, guru sekolah ke, guru mengaji ke, bekas guru ke ataupun guru driving school sekalipun

.

~Selamat Hari Guru kepada yang benar-benar GURU ~ 

 

Posted in Uncategorized | Leave a comment

Selamat Tahun Baru 2012

Tahun baru 2012 bakal menjelma. Bermulanya tahun baru juga memaksa kita mencampakkan kalender lama yang sarat dengan semua kenangan yang tersimpan. Kalau lah semudah itu juga kita mampu membuang semua kenangan mual tahun 2011 semudah memuntahkan isi perut kedalam tong sampah, pastinya tahun mendatang akan penuh dengan flora fauna keriangan seindah mimpi di taman kayangan.

Tapi hidup ini bukan sekadar kalendar. Setiap tarikh yang berlalu perlu di corakkan seindah mungkin. Itu mimpi kita… Bahkan setiap dari kita juga mentafsir tahun baru, merayakan kedatangan tahun baru dengan berbagai cara juga berbagai azam.

.

Seperti juga bandar-bandar besar di seluruh dunia yg lain, berlokasi di Dataran Merdeka atas nama Program Lebuh Seni anjuran Menteri Pak Rais, KL Metropolis juga mewarnai panorama malam hari tahun baru sarat dengan pesta flora mendenyutkan nadi kotanya! Pusat-pusat hiburan menggeriap, menawarkan pakej hiburan malam meracuni gaya hidup metropoliszzz….Malam tahun baru, seperti yang sudah-sudah, biasanya merupakan puncak pesta bagi mereka yang mencanduinya.

Selamat tahun baru 2012 kepada semua rakan blogger, pembaca budiman, rakan fb dan juga pelawat-pelawat sekelian. Boleh saja kalau kita jadikan malam tahun baru sbg malam retrospeksi untuk gaya hidup masa depan, celebrate…celebrate jugak beb… Tapi, apa pun, ia adalah sebahagian dari kehidupan kita yang senantiasa berdenyut, mengharu biru penuh gejolak. Suka atau pun tidak. Itulah adanya……

Posted in Uncategorized | Tagged , , | 3 Comments

~Selamat Hari Raya Aidiladha~

.
 
Selamat Hari Raya Aidiladha & selamat bercuti…
 
 
.
 
 
 
Posted in Uncategorized | Leave a comment

~ Maaf Zahir Batin ~

Lebaran datang lagi, inilah saatnya kita menyambut bulan kemenangan yang luarbiasa. Setelah sebulan kita berpuasa, kini Syawal kembali lagi. Marilah kita sama-sama lapangkan dada membuka pintu maaf atas segala kesalahan dan kekhilafan.  Kepada semua rakan-rakan blogger, fb, fp, email, forum club, ruang komen dan semua yg mengenali…

Kedewasaan bukan bererti hidup tanpa kesalahan
Dengan segala kerendahan hati
Mohon maaf atas segala keterlanjuran

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Minal aidin wal faidzin…
 

.

.

 

.

Posted in Uncategorized | 9 Comments

~Selamat Berpuasa~

.

Tiada hari seindah Jumaat, tiada kata seindah zikir, tiada ibadah seindah solat, tiada bulan seindah Ramadhan. Salam Ramadhan al mubarak dan selamat berpuasa kepada semua muslimin dan muslimat…

.

Posted in Uncategorized | 5 Comments

Pengguna handphone dikenakan cukai 6%… (?)

 

Dulu Kerajaan mengenakan cukai hanya 5% syarikat telekomunikasi dan pihak telekomunikasi berbesar hati untuk menyerap kos tersebut untuk pelanggan bagi pengguna telefon prepaid. Tapi, sejak diumumkan bahawa cukai naik 5% kepada 6%, akhirnya pihak telekomunikasi dah tak boleh nak serap lagi. Cukai tersebut sekarang dibebankan pula kepada pengguna telefon prepaid bermula Julai ini.

Sekiranya setiap pengguna prepaid mengisi purata RM 40 setiap bulan, jualan prepaid menjangkaui RM 6.3 bilion sebulan. Dan daripada jumlah besar tersebut, selama ini syarikat telekomunikasi mensubsidi hampir RM 378 juta sebulan hanya untuk menyerap kos cukai yang dikenakan kerajaan.

Oleh kerana jumlah yang tersangat besar itu,syarikat telekomunikasi gergasi yang ada, sudah tidak mampu lagi untuk menyerap cukai tersebut setelah dinaikkan lagi sebanyak 1% oleh kerajaan bermula 1 Januari 2011 lalu. Maka, terpaksalah pengguna telefon prepaid 1Malaysia menyerap kos tersebut.

Ada sesiapa yang ambik pot ?

.

.

.
.
Moral of the picture ;
DON’T TALK ON PHONE WHILE ON THE MOVE !!
 
.
 
Posted in Uncategorized | 4 Comments

Memoir 83/38…(?)

.

Sebahagian besar dari kita berpeluang merasai alam persekolahan. Segala macam pengalaman indah, suka duka terpahat kukuh di dalam memori kita. Namun mungkin ada juga antara kita yang langsung tiada memori alam persekolahan. Samada kurang bernasib baik atau banyak kenangan pahit yang mahu dilupakan. Mungkin ada yang lebih bahagia dan gembira pada masa dia bekerja berbanding zaman sekolah.

Memori suatu pengalaman terindah yang tak mungkin kita akan alami lagi. tidak kira apa genre memori sekalipun. Yang ada adalah waktu sekarang. Masa lalu yang banyak membentuk diri, karakter, status dan siapa kita sekarang. Kembara ini masih belum berakhir…

.

Posted in Uncategorized | 3 Comments

Adakah PM perlu ada fb…(?)

Penulis-penulis blog indi kebanyakannya bukan penulis professional mahupun wartawan taraf lima bintang tetapi secara virtual kelompok ini saling mengenali. Sungguhpun begitu ikatan emosional itu benar-benar ada. “Weblog makes people become a writers and publishers at the same time”.

Yang nyatanya Blog memberikan kebebasan kepada kita untuk berfikir bebas dan mengungkapnya ke dalam blog tapi harus diingat etika penulisan masih perlu di utamakan. Tetapi sedarkah kita bahawa ‘feel’ penulisan berbeza antara setiap blogger. Hanya mereka yang benar-benar mempunyai jiwa blogging dapat membezakan erti ‘feel’ tersebut.

Portal berita maya dan blog kini sangat dirasai kehadirannya oleh golongan tertentu waima parti politik juga menggunakannya sebagai satu medium ‘perang saraf’. Sehinggakan suatu ketika dulu blogger pernah digelar sebagai monyet-monyet di hutan rimba! Tanpa merujuk kepada genre, naskah & tema tulisan ramai di kalangan blogger tersentap dgn kenyataan tersebut. Makanya, aku dan juga jutaan penulis blog bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh dunia telah di binatangkan!


Berbeza dengan Facebook, rakan-rakan yang lebih ‘sekepala’ dan ‘seusia’ menjadi feel yang cukup kuat untuk menjadi penyebab kenapa fb begitu popular dan ia sangat berkesan dalam usaha ‘menjejak kasih’ teman-teman lama dari seluruh dunia.

Facebook akhir-akhir ini mendominasi pelayaran pengguna Internet di seluruh dunia. Ketika ini ranking facebook menduduki tempat ke- 7 sebagai website paling sibuk di dunia. Kepada rakan-rakan blogger lama & baru, sila collect gua punya fb..

Sekian.

.

Posted in Uncategorized | 8 Comments